DIY Sendiri Meja Lipat Pelbagai Guna Untuk Anak Tersayang

1,593 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sekiranya anda pernah atau sedang duduk di rumah yang mempunyai ruangan yang terhad, sudah pasti anda akan mengalami kesukaran untuk menyusun barangan perabot. Sekiranya anda tersalah meletakkan perabot ke ruang yang salah, sudah pasti ianya akan mengganggu pergerakan kita di rumah.

Oleh itu, penggunaan meja lipat atau pun lebih dikenali sebagai "Foldable Table" merupakan salah satu idea yang begitu praktikal. Kediaman Puan Farah Fauzana Ismail ini telah memberikan idea menarik dengan membuat sendiri DIY meja lipat dengan tujuan untuk memudahkan proses pembelajaran anak-anaknya.

Lebih menarik apabila beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY meja lipat ini. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Meja Lipat Untuk Anak Tersayang

Barang-Barang Yang Diperlukan :

  • Meja study yang kecil ataupun lebih terkenal dengan panggilan meja Jepun(ada dijual di kedai Mr DIY).
  • Adjustable bracket Mr DIY (RM13.90).
  • Wallpaper Mr DIY(RM3.40).

Langkah-Langkah Pembuatan :

1. Gambar di bawah merupakan meja asal anaknya.

DIY Meja Lipat

2. Apa yang diperlukan hanyalah papan meja sahaja. Maka, anda perlu membuka dahulu segala jenis skru dan bracket yang ada di situ.

3. Alaskan permukaan meja tersebut dengan wallpaper kerana rupa asalnya yang tidak begitu sesuai untuk membuat hiasan.

Nota Tambahan : Bagi pemilihan wallpaper, ianya terpulang kepada kreativiti masing-masing dan disarankan untuk memilih wallpaper berwarna putih kerana ianya sukar untuk dibersihkan lebih-lebih lagi apabila anak-anak anda yang belajar di meja study tersebut.

4. Sekiranya anda tidak pasti bagaimana rupa adjustable bracket itu, anda boleh rujuk gambar di bawah. Adjustable bracket ini dijual sepasang dan harganya sekitar RM13.90 sahaja.

5. Seterusnya, pasang bracket tersebut di kedua dua bahagian belakang permukaan meja study.

DIY Meja Lipat

6. Ukur dan tanda mengikut ketinggian serta keselesaan anak-anak anda. Selepas siap tanda, anda hanya perlu drill lubang dan pasang bracket ini di lubang yang sudah ditebuk.

Tadaa dah siapp.

DIY Meja Lipat

 

DIY Meja Lipat

Info Tambahan :

  • Bila nak lipat meja tu kena angkat dulu sikit ke atas baru boleh klik butang tu seterusnya barulh boleh lipat.
  • Sekiranya anda tekan dan terus lipat ke bawah memang keras dan tak bergerak.

DIY Meja Lipat

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.

Kredit : Farah Fauzana Ismail

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down