DIY Mini Pelamin Guna Barang IKEA | Giler Deco

DIY Mini Pelamin Guna Barang IKEA

Kalau bercerita tentang pelamin, apa yang anda akan terbayang dahulu adalah dari segi kos untuk majlis perkahwinan atau pertunangan anda. Sebenarnya kos untuk membuat pelamin tidaklah begitu mahal. Yang membuatkan kos pelamin menjadi mahal adalah jika anda pengupah orang untuk dekorasikan pelamin anda. Tetapi jika anda cuba diykan sendiri kosnya sangat murah. Anda tidak perlu lagi berfikir tentang masalah kos lagi. Untuk perkongsian hari ini adalah mengenai diy pelamin pertunangan hanya dengan menggunakan barangan eco dan ikea.

Perkongsian ini adalah dari Khairun Nisak iaitu orang yang bertanggungjawab menjadikan pelamin diy ini untuk majlis pertunangan adiknya.

DIY Pelamin Majlis Pertunangan Menggunakan Barangan ECO Dan IKEA :

 

Barang-Barang Yang Digunakan :

▪️ Bunga jenis hydrangea, daun monstera dibeli di kedai ECO.
▪️ Daun Monstera yang besar, dibeli di kedai menjual barangan pengantin.
▪️ Ranting kayu juga dari kedai menjual barangan pengantin.
▪️ Daun hijau yang digunakan untuk melilit ranting kayu dari Ninso.
▪️ Bunga hiasan panjang atas tirai pelamin belakang dari Cowboy.
▪️ Daun-daun hiasan tepi kiri kanan pelamin dari ECO termasuk dengan pasunya.
▪️ Frame kayu ditempah dari tukang kayu, kos RM80.
(Dekorasikanya dengan membalut menggunakan Wallpaper ECO bercorak kayu dan dalam 3 roll sahaja yang digunakan)
▪️ Lampu sisi IKEA
Lampu ada dua :
▪️ Lampu di balik tirai, beli di kedai HomeMart.
▪️ Kain tirai panjang dan bantal bulat hiasan disewa dalam RM50.
Kain tirai 10 kaki ada 6 helai.
▪️ Manik-manik hiasan yang lama, recyle smula.
▪️ Karpet sedia ada dirumah.
Hanya karpet yang berwarna putih baru sahaja dibeli sebelum majlis.

No photo description available.Mini Pelamin DIY untuk adik yang bertunang.

No photo description available.Semua barangan yang dibeli untuk hiasan mini pelamin DIY.

No photo description available.Frame kayu yang sudah siap dibalut dengan Wallpaper ECO.

May be an image of 1 person

Bunga Hydrangea merah pink kedai ECO.

No photo description available.

Bunga Hydrangea putih kedai ECO.

May be an image of 1 personBunga merah dan putih Hydrangea yang sudah siap diikat.

Barangan ECO Dan IKEADaun Monstera kecil dibeli di kedai ECO manakala daun Monstera yang besar dan sederhana dibeli di kedai barangan pengantin.

Barangan ECO Dan IKEA

Pelamin yang hampir siap.

Barangan ECO Dan IKEAPelamin yang sudah siap. Tinggal touch-up sedikit dan masukkan apa yang masih kurang sahaja.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuma untuk membuat pelamin diy anda sendiri. Selamat mencuba.

Baca juga : Suri Rumah Perlu Tahu! 41 Idea Warna Cat Dalam Rumah Anda Tahun 2021 Yang Menarik

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram