DIY "Mirror Wainscoting" Untuk Ruang Makan | Giler Deco

DIY “Mirror Wainscoting” Untuk Ruang Makan

deco rumah

Mengubahsuai rumah mengikut citarasa sendiri memang dapat membuatkan kita seronok dan bahagia. Hal ini kerana anda dapat memilih jenis dekorasi apa yang anda inginkan untuk rumah anda. Perkongsian kali ini adalah dari seorang lelaki yang bernama Abe Nal. Perkongsiannya adalah mengenai diy “mirror wainscoting” untuk ruang makan.

Bukan semua orang berani dan sanggup melakukan diy seperti ini kerana jika tersalah langkah cermin itu boleh jatuh dengan sendirinya tau.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian yang ingin dikongsi olehnya mengenai diy tersebut.

DIY “Mirror Wainscoting” Untuk Ruang Makan Yang Simple Tapi Cantik :

Akhirnya siap jugak projek DIY cermin untuk ruang makan. Kos hanya RM289 tak termasuk harga upah Abe Nal. Upah mahal tukang ni – Kata isterinya.

Ini adalah keadaan sebelum proses ubahsuai deco rumah yang dilakukan dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah.

deco rumahIn the making. Kita lekatkan kayu guna gam kayu. Kayu boleh beli dekat kedai hardware ada jual.

deco rumahIn the making. Baru siap cat. Yang kayu tu kena alas dengan cat putih dulu baru cat yang diingini. Barulah cantiknya kayu itu.

deco rumahIn the making. Tampal cermin guna gam kayu jugak. Abaikan gambar tukang tengah berehat memikirkan berapa upah nak caj kat tuan rumah.

deco rumah

Ini adalah keadaan ruang makan yang telah siap dipasang dengan gaya wainscoting cermin pada dinding.

deco rumah

Gambar lain wainscoting cermin setelah selesai melakukan diy.

deco rumahItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi sumber idea dan inspirasi untuk anda dalam melakukan projek diy ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mecuba.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram