DIY 'Mirror Wainscoting' Yang Nampak Luas Dan Mewah

10,299 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai yang sudah menghabiskan duit beribu ringgit untuk deko rumah, tapi hasilnya masih tidak nampak menarik. Duit sudah habis, tetapi rumah masih boring. Macam tiada perubahan sangat pun. Beli rumah mahal-mahal, sayangnya deko dalam nampak murahan.

Lebih teruk lagi, apabila masuk rumah orang lain dengan rumah sendiri sama saje jeling. Sebab benda sama yang ada dalam rumah kita dan rumah jiran, typical Malaysian. Dinding yang sama dan bosan, warna yang lebih kurang sama, perabot sama. Tiada apa-apa yang menarik.

  • Deco rumah BIASA-BIASA.
  •  Tidak rasa EXCITED pun nak balik rumah sendiri.
  • Segan mahu ajak saudara-mara datang rumah.
  • Family susah nak duduk tengok televisyen & makan bersama sebab suasana rumah tidak ada yang best.

JANGAN RISAU! Jom kita  ikuti cara Mohd Najib ini diy sendiri Mirror Wainscoting yang beri effect rumah tampak lebih LUAS DAN MEWAH!

DIY Mirror Wainscoting Yang Cantik

Salam warga tukang.. Nak share keseronokan bertukang bersama keluarga.. Hasil dia untuk syok sendiri saja.. Projek MIRROR WAINSCOTING request by puan isteri

Ngidam nak lama dah.. Baru dapat buat dia lepas PKP aritu.. Jadi la untuk first time bertukang seni yang tak berapa berseni

DIY 'Mirror Wainscoting'

 

Cara-Cara DIY 'Mirror Wainscoting'

Sanding kayu 2×1..kayu ubat morah ja.. RM9 ja sebatang.. Sanding dan trim tepi.. Bahagian depan ja
Ni alatan penting nak potong sudut wainscoting. Beli shopee br rm29.90
Tampal dan paku frame dia…tampal guna gam X bond. Frame wainscoting sambung guna gam 3 second. Pastu lekat di dinding guna x bond juga
DIY 'Mirror Wainscoting'
Buat secara seisi keluarga.. Anak2 suka bab mengecat ni
DIY 'Mirror Wainscoting'
Last skali tampal cermin. Guna cermin 4mm..tampal guna gam X bond juga.. Lekat masking tape sebelum dia Betoi2 kuat DIY 'Mirror Wainscoting'
Tadaaa.. Hasil dia.. Walau ada sikit herot perot.. Jadi la..
DIY 'Mirror Wainscoting'

Semoga bermanfaat!

Sumber : Mohd Najib

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down