DIY Panel TV Mudah Dan Dapat Sorok Wayar Bersirat | Giler Deco

DIY Panel TV Mudah Dan Dapat Sorok Wayar Bersirat

DIY Panel TV

Kepada anda semua yang berada dirumah ini pastinya mempunyai satu ruangan khas untuk anda semua tengok tv ramai-ramai kan? Jika bahagian tersebut tidak tersusun dan penuh dengan wayar tv yang bersirat pasti mencacatkan lagi pandangan bahagian tersebut. Jangan risau kerana anda boleh melakukan DIY Panel TV yang mudah dan senang.

DIY ini dikongsikan oleh Mazlan Nurul didalam sebuah grup facebook yang bernama “Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr.DIY”. Dengan melakukan wall panel ini, ia dapat membantu anda semua untuk menyorok wayar-wayar yang bersirat itu sekaligus menjimatkan ruang bahagian tv tersebut.

DIY Wall Panel TV Menjimatkan Ruang Dan Dapat Menyorok Wayar Bersirat

Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel.

Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja. Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang.

Cara-cara sila rujuk gambar ya

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Cara Untuk DIY Panel Tv Yang Mudah & Cantik

1. Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.

DIY Panel TV

2. Mula2 buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari.

DIY Panel TV

3. Tampalkan frame ni kat dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding.

Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.

4. Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk shelve. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah sangat nak potong.

DIY Panel TV

5. Papan atas tebuk 3 lubang untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis.

Proses Letakkan Frame Kayu Pada Dinding

6. Untuk lekat kan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru. Pakai skru sebab kalau ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak.

DIY Panel TV

7. Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak.

Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Letakkan lagi wood filler sampai papan tu rasa licin bila pegang.

8. Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas. Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.

9. Siap untuk di cat.

DIY Panel TV

Hasil Akhir DIY Wall Panel TV

Tadaaa!!! Inilah dia hasil akhir diy wall panel tv ku ini. Senang jer nak buat. Dah buat tu rasa happy dan puas tu memang akan ada.

DIY Panel TV

Sumber : Mazlan Nurul

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram