DIY Pemasangan Cornice Yang Cantik Untuk Rumah Anda

41,593 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika anda baru sahaja membeli rumah ataupun membina rumah, sudah tentu anda inginkan dekorasi rumah yang cantikkan? Setiap pemilik rumah semestinya mempunyai impian untuk memasang cornice pada siling rumah mereka. Apa itu cornice?

Cornice merupakan plaster siling yang selalu digunakan dalam renovasi rumah. Ia bermaksud perhiasan diatas siling ataupun tembok, pilar dan gedung yang menonjol ke luar. Ia adalah hiasan yang diletakkan pada bahagian tepi plaster siling dan didapat pelbagai pilihan corak yang menarik.

Seorang lelaki bernama Muzaffar Masor berkongsikan cara-cara untuk membuat DIY pemasangan cornice pada laman facebook beliau. Tidak perlu upah orang lain lakukan dengan membayar kos yang mahal. Jom kita tengok perkongsian hasil DIY cornice ini daripada beliau.

Mudah Sahaja Lelaki Melakukan DIY Pemasangan Cornice Pada Siling Rumah

DIY pemasangan cornice untuk yang berminat nak buat sendiri. Mula2 nk buat satu bilik ja.. pastu jadi syok.. berjangkit lagi 1 bilik

Bahan Yang Diperlukan :-

  • Cornices Compound 18KG
  • Siling Cornice

Cara-Cara DIY Pemasangan Cornice 

1. Mula2 ambik cornice letak dekat siling dan dinding atas. Letak bagi cun2. Garis atas dan bawah.

DIY Pemasangan Cornice

2. Dah siap garis. Ambik ukuran. Untuk dinding dapat 5 6/8 inci. Untuk siling dapat 2 6/8 inci.

3. Untuk potong sudut. Kena buat kotak macam ni. Lebar bahagian bawah sama macam atas ukuran siling tadi. 2 6/8 inci. Tinggi kotak pula dalam 6 inci.

4. Ambik pembaris sudut dan buat sudut macam dalam gambar. Pastu gergaji dulu.

5. Dapatkan ukuran panjang siling. Potong sudut. Untuk letak cornice dalam kotak tu, kena terbalikkan. Bahagian atas, letak menghala ke bawah.

Yang ni kena cuba sendiri. Buat banyak kali baru faham. Kalau silap tu biasa sbb kali pertama cuba.

6. Pastu bahagian hujung dan tengah saya drill sikit untuk masukkan skru sebab buat sorang. Tak boleh nak tahan lama2 cornice.Kalau nak drill terus pun boleh tapi kepala skru susah nk benam. Silap2 cornice akan pecah.

7. Bancuh cornice compound ni. Bancuh sikit2 ja sebab dia cepat keras dan akan membazir kalau kita lambat tambah2 kalau buat sorang.

DIY Pemasangan Cornice

8. Untuk satu cornice panjang 8 kaki. Saya bancuh dalam 4 cawan sahaja cun2. Lebih pun tak banyak pastu letak cornice compound yang dah bancuh kat cornice atas dan bawah.

9. Kemudian pasang cepat2 kat siling. Tahan sekejap dan drill tengah kemudian tekan sikit kiri dan kanan. Pastu dah cun drill pulak kiri dan kanan.

Untuk pasang cornice. Marking tu penting untuk bagi lurus sebab sesetengah tulang tarik benang dekat dinding atau siling untuk marking.

10. Bucu ni susah sikit nak cantum kerana ukuran kena ambik betul2 dan tepat untuk hasil yang cantik.

11. Untuk bucu macam tu. Letak cornice dalam keadaan terbalik agar bahagian cantik ke dalam.

12. Bahagian sambungan. Pada mulanya, saya guna compound cornice namun akhir sekali saya guna putty filler.

13. Ruang bahagian atas cornice guna jari pun boleh. Bahagian bawah pakai scraper plastik. Jangan risau, cornice compound ni tak makan jari macam simen biasa.

Hasil Akhir Pemasangan Cornice

Inilah dia hasil DIY pemasangan cornice yang saya lakukan ini. Boleh buat sendiri jika anda ada masa lapang.

DIY Pemasangan Cornice

Ni bilik mula2 yang buat dulu. Bilik ni pernah runtuh siling dan paip bocor. Siling buat dengan member dan cornice pasang sorang2.

DIY Pemasangan Cornice

Ni bilik yang terjangkit. Cornice ni banyak saiz. Saya beli yang design simple sebab senang pasang sebab untuk kali pertama cuba. Saiz 6 inci lebar panjang 8 kaki. Dia ada banyak saiz.

DIY Pemasangan Cornice

Sumber : Muzaffar Mansor

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down