DIY Penyangkut Baju Dinding Bermodalkan RM150 Sahaja | Giler Deco

DIY Penyangkut Baju Dinding Bermodalkan RM150 Sahaja

DIY Penyangkut Baju

Nak beli rak untuk sangkut baju tapi keadaan rumah yang kecil dan ruang yang terhad menjadi penghalang untuk meletakkannya? Usah risau kerana sekarang anda boleh sahaja membuat diy penyangkut baju yang boleh lekatkan di dinding dengan modal RM150 sahaja.

DIY ini dilakukan oleh Shamsul Hafizi yang berkongsikan hasil ini didalam grup Tukang Apa Hari Ini dilaman facebook. DIY membuatkan ahli didalam grup tersebut terpegun dengan hasilnya.

Jadi, kepada anda yang tertanya-tanya bagaimana untuk melakukan diy ini boleh rujuk video beliau yang telah diupload didalam Youtube. Segala tutorial untuk melakukan DIY penyangkut baju ini ada didalam video itu. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

DIY Tempat Penyangkut Baju Dinding Dengan Modal Hanya RM300 Sahaja

Tiada ruang atau tempat khas untuk letakkan rak hanger yang banyak-banyak. Rumah kecil memang akan menjadi masalah untuk letakkan rak hanger.

Jadi, apa kata DIY penyangkut baju dinding ni. Lekatkan sahaja dinding dan sekaligus dapat menjimatkan ruang yang banyak tanpa keluarkan modal membeli rak hanger yang mahal.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • 6 pasang shelf bracket bersaiz 14” – LINK DISINI
  • 40 keping stainless Steel flat washer 6mm – LINK DISINI
  • 8 keping bolt & nut bersaiz 3/16 x 1.1/2 – LINK DISINI
  • Skru
  • Skru plug
  • Batang silinder hollow aluminium 20kaki – LINK DISINI

Cara Melakukan DIY Penyangkut Baju Dinding

Rujuk video dibawah untuk melihat cara membuat diy ini dengan lebih detail.

Sedikit Penyelesaian Untuk Dilakukan

1. Mula-mula buat melendut kat bahagian tengah bila letak baju banyak.

DIY Penyangkut Baju

2. Anda boleh improvise dengan menambahkan bracket kat bahagian tengah untuk elakkan batang hollow aluminium itu melendut kebawah.

DIY Penyangkut Baju

3. Bahagian sambungan antara hollow aluminium dengan bracket.

4. Waktu testing. Saya testing dahulu dengan meletakkan beberapa seluar dan baju. Sekarang saya guna dengan tiada masalah, maka ia kukuh dan boleh digunakan.

Hasil Akhir DIY Ini

Inilah dia hasil akhir penyangkut baju hasilku ini. Jimat sikit ruang daripada membeli rak hanger yang besar dan juga memakan ruang yang banyak. Sesiapa yang ingin melakukan boleh cuba ya.

DIY Penyangkut Baju

Sumber : Shamsul Hafizi

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram