DIY Playhouse Yang Cantik Bertemakan Warna "White Pink"

7,032 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Musim-musim PKP zaman dulu disebabkan virus Covid-19 ini memaksa ramai orang untuk Stay At Home. Semua tidak boleh keluar rumah tanpa urusan penting dan yang paling sedih, anak-anak langsung tidak dapat keluar rumah. Sudah pasti mereka akan terasa sedikit bosan. Jadi, Kent Koh mempunyai satu idea untuk memastikan anak-anaknya tidak akan bosan iaitu dengan melakukan DIY rumah playhouse yang cantik.

Menurut beliau, DIY tersebut sangat senang sahaja untuk dibuat. Hanya memerlukan beberapa bahan utama seperti plywood dan kayu shiplap untuk membuatnya. Kos untuk membuat DIY ini hanyalah dalam RM2k sahaja. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lelaki Melakukan DIY Playhouse Cantik Bertemakan Warna "White Pink" Menggunakan Plywood

Akhirnya, playhouse dah siap! Ambil masa 1 minggu juga untuk setel semua!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Proses Membuat DIY Playhouse "White Pink"

1. Proses dimulakan dengan membuat rangka sisi playhouse ini menggunakan beberapa plywood dan disambung dengan kayu sambung.

2. Lakukan pula bahagian sisi hadapan untuk laluan pintu masuk kedalam playhouse tersebut.

DIY Playhouse Cantik

3. Untuk bahagian seterusnya, lapiskan dengan kayu plywood agar nampak struktur playhouse.

4. Seterusnya, lekatkan beberapa keping kayu shiplap pada bahagian luar playhouse tersebut agar nampak corak yang cantik.

DIY Playhouse Cantik

5. Proses mengecat playhouse ini. Pembantu sedia untuk menolong mengecat rumah playhouse mereka ini.

DIY Playhouse Cantik

Hasil Akhir DIY Playhouse Yang Dilakukan

Setelah selesai semua proses membuat dan mengecat, inilah dia hasil akhir DIY playhouse untuk anak-anak tersayang ini. Bertemakan warna "white pink" ini semestinya merupakan warna kegemaran mereka.

DIY Playhouse Cantik
DIY Playhouse Cantik

Upacara perasmian DIY playhouse cantik ini sedang berlangsung.

Sumber : Kent Koh

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down