DIY Pokok Hiasan Viral Dalam Rumah Serendah RM50 | Giler Deco

DIY Pokok Hiasan Viral Dalam Rumah Serendah RM50

Pokok Hiasan Viral Rumah Serendah RM50

Diy pokok hiasan viral dalam rumah serendah rm50. Itu adalah antara barang yang tengah viral sekarang didalam media sosial. Pokok hiasan tersebut antara yang menjadi buah mulut rakyat malaysia untuk dijadikan sebagai dekorasi interior dalaman rumah.

Dekorasi interior didalam rumah memainkan peranan yang penting dalam menjadikan rumah nampak lebih berseri-seri. Inilah penggunaan pokok hiasan merupakan peranan yang penting menjadikan ruang dalam rumah nampak lebih ‘hidup’.

Seorang warganet yang bernama Nur Syafiqin telah berkongsi idea dan juga tips untuk penghasilan diy pokok hiasan viral dalam rumah serendah rm50 ini. Beliau menyatakan senang membuat sendiri berbanding beli yang sudah siap yang jauh lagi mahal berbanding buat sendiri.

DIY Pokok Hiasan Viral Serendah RM50

Okay, kali ni kita nak ajar cara buat pokok ala-ala viral ni, disebabkan pokok viral daun pisang tu agak mahal tak mampu milik, jadi sis ajar cara-cara buat menggunakan barang yang murah dan tak sampai RM 50 pun gaiss. Jom ikut step ni, inshaAllah senang je. Boleh share jugak. P/s : Yang mana rasa susah boleh je beli siap dah, RM 160 je.

Bahan-Bahan Diperlukan

 

1. Pasu : Kaison RM21.90

Pokok Hiasan Viral Rumah Serendah RM50

2. Daun : Eco RM2.10 ( 5 helai )

Pokok Hiasan Viral Rumah Serendah RM50

3. Batu: RM2 ( 5bungkus )

Pokok Hiasan Viral Rumah Serendah RM50

4. Sponge : RM2

Pokok Hiasan Viral Rumah Serendah RM50

5. Lidi Sate 30 cm : RM2

6. Tape daun & masking tape

7. Kertas yang cycle

Cara-Cara Untuk Gubah Pokok Viral

1. Amik dua lidi dan cantumkan dgn batang daun

2. Guna masking tape supaya dia kukuh

3. Baru balut dengan tape daun supaya nampak kemas

4. Sekiranya nak daun tinggi, cantum lagi dua batang lidi dan jangan lupa balut masking tape dlu ye!

5. Siap! Saya buat banyak-banyak baru nmpk cantik! Daun tu lenturkan ikut suka hati ya.

6. Masukkan sponge dalam pasu, then bahagian tepi masuk recycle paper supaya dia kukuh n tak gerak-gerak kalau budak main.

7. Done cucuk! Ikut selera kome la ye!

8. Akhir sekali masukkan batu sungai. Confirm tak gerak dah!

9. Tadaaaa! Siap cun tak? Selamat mencuba korang.

Pokok Hiasan Viral Rumah Serendah RM50

Macam mana dengan perkongsian daripada adik Nur Syafiqin ini? Mudah, menarik dan memang bernas kan diy pokok viral ini. Caranya sangat senang dan simple sahaja untuk anda semua lakukan dirumah. Semoga anda berjaya semua melakukan diy yang menarik ini.

Sumber : Nur Syafiqin

 

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram