DIY Rak Mainan Untuk Anak Bermodalkan Bawah RM30 | Giler Deco

DIY Rak Mainan Untuk Anak Bermodalkan Bawah RM30

DIY Rak Mainan

Kalau anda survey rak ataupun apa jua kabinet untuk meletakkan mainan anak-anak di kedai perabot pastinya harganya sangat mahal. Ada rak yang nampak biasa sahaja namun harga berpuluh ringgit dan ada juga yang mencecah hampir ratusan ringgit. Agak mahal kan?

Jadi, untuk anda yang mempunyai anak kecil yang selalu sepahkan barang-barangan merata tempat usah perlu risau. Anda boleh melakukan DIY rak mainan yang khas untuk anak anda hasil daripada Nurul Ain Anises ini.

Rak ini kelihatan sangat cantik dan ber stail. Dengan rekaan yang simple dan mudah dilakukan, memang sesuai untuk anak-anak kecil. Jadi, jom kita tengok bagaimana Nurul Ain ini melakukan rak mainan ini dengan hasil tangan sendiri.

DIY Rak Mainan Bajet Untuk Letakkan Mainan Anak-Anak

Pergi survey kat kedai rak atau kabinet untuk letakkan mainan anak. Tapiii… Makk Aiii! Hampir beratus ringgit untuk satu rak sahaja.

Jadi, saya mendapat idea untuk melakukan DIY rak mainan untuk anak saya. Simple dan mudah sahaja untuk dilakukan.

Bajet?? Bajet hanya lah bermodalkan RM30 sahaja. Jadi semua orang boleh lakukan dirumah waktu pkp ini.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • 9 Bakul – RM18
  • 3 Batang Kayu – RM11

DIY Rak Mainan

Cara Untuk Membuat Rak Mainan :-

1. Firstly, Ukurkan kayu terlebih dahulu untuk dijadikan rangka mengikut saiz bakul.

2. Potong kayu tersebut dan paku untuk sambung menjadi rangka bagi letak bakul.

3. Dah siap! Kalau nak nampak cantik lagi, anda boleh cat untuk nampak cantik dan kemas.

Lepastu, boleh ajar anak-anak pasni untuk letakkan balik mainan tersebut ke tempat asal selepas selesai bermain supaya tidak berselerak lagi.

DIY Rak Mainan

Kalau tak nak bakul tu diletakkan secara menyerong, anda nak letakkan bakul tu secara melintang pun boleh juga.

Bakul Ratusan Ringgit

Ini merupakan contoh bakul yang mencecah hampir ratusan ringgit. Kalau anda berminat untuk dapatkan produk yang ini, anda boleh klik link dibawah.

Kids Toy Organizer and Storage Bins = LINK DISINI

Sumber : Nurul Ain Anises

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram