DIY Rak Pasu Bertingkat Untuk Tanaman Bunga Luar Rumah | Giler Deco

DIY Rak Pasu Bertingkat Untuk Tanaman Bunga Luar Rumah

DIY Rak Pasu Bertingkat

Nak menanam tanaman dan juga bunga di halaman namun tiada tempat yang sesuai untuk bertanam? Usah perlu risau kerana Muhammad Fahmee ini berkongsikan bagaimana untuk melakukan DIY rak pasu bunga yang bertingkat malah siap berbumbung lagi.

Mungkin dengan perkongsian daripada Muhammad Fahmee, anda boleh melakukan DIY rak pasu yang berbumbung ini untuk dilakukan pada waktu PKP ni. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Projek PKP Melakukan DIY Rak Pasu Bertingkat Untuk Tananam Bunga Di Halaman Rumah

Projek hujung minggu

Rak Pasu Bunga Bertingkat Dan Berbumbung. Di sebabkan ada lebihan besi biru ni buat porch kereta, jadi kita try create balik guna pakai untuk buat rak pasu bunga ni.

Projek ni pun first time aku try, tengok dari Youtube jugak dan dalam group ni. Rupanya tak semudah disangka cara buat di. Ambil masa 6 jam jugak untuk siapkan.

Kalau perhati betul2 ada senget sikit² 😅, tapi takpalah kita buat sendiri, bukan untuk juai. Haha, yang penting boleh belajar lagi dari kesilapan.

Bahan-Bahan Yang Digunakan

Cara Untuk Melakukan DIY Rak Pasu Bertingkat

Sebelum proses dilakukan, saya lakukan dahulu plan untuk melakukan DIY ini. Jadi, senang untuk lakukan diy ini.

DIY Rak Pasu Bertingkat

Untuk rekabentuk projek ni, saya lukis terlebih dahulu agar dapat melihatkan bagaimana hasil akhir DIY ini.

DIY Rak Pasu Bertingkat

Besi C Channel sudah sampai. Masu untuk potong mengikut saiz yang telah ditetapkan.

Hasil potongan besi yang dilakukan.

DIY Rak Pasu Bertingkat

DIY Rak Pasu Bertingkat

Dah siap potong, terus melakukan rak pasu bertingkat ni.

DIY Rak Pasu Bertingkat

Hasil Akhir DIY Rak Pasu Yang Dilakukan

Alhamdulillah. Inilah dia hasil akhir diy yang saya lakukan. Jadi, bolehlah nak bertanam pokok di halaman luar rumah sambil menghirup kopi. Jadi, semoga projek diy yang dikongsikan oleh saya ini dapat memberikan inspirasi kepada anda semua.

DIY Rak Pasu Bertingkat

Sumber : Muhammad Fahmee

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram