DIY Rak Rempah Ratus Dengan Cepat Dan Mudah

1,243 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Adakah perkakasan kecil dirumah anda tersusun dengan rapi? Kalau perkakasan kecil seperti bekas rempah, gula dan garam tiada tempat yang khas pasti dapur akan nampak tidak tersusun. Jadi, Apa kata anda DIY rak rempah ratus yang khas untuk perkakasan kecil ini.

Menurut daripada perkongsian dari Hani Mynis melalui laman Facebook, beliau telah berkongsikan cara untuk DIY rak rempah ratus ini. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat membantu  memudahkan lagi suri rumah yang suka memasak untuk menggapai perkakasan kecil ini ketika memasak.

Perkongsian ini mungkin disukai oleh suri rumah diluar sana kerana kali ini Giler Deco ingin kongsikan dengan anda cara diy rak rempah ratus dengan hanya bermodalkan RM2.10 sahaja. Jom ikuti.

DIY Rak Rempah Ratus Dengan Cepat & Mudah. Bajet Hanya RM2.10 sahaja Diperlukan

 

Santai-santai ini Hani nak kongsi cara Hani diy rak rempah dari barang Eco. Hari itu ada promosi rempah dalam botol ini berharga rm2-4 satu.

Memandangkan kebanyakannya Hani belum ada di rumah (sebenarnya sebab labelnya colorful haha), Hani fikir boleh juga belikan. Haha alasan sangat.

Jenuh mencari tapi tak jumpa dan akhirnya Hani Diy sahaja sendiri dari besi ini. dengan kos rm2.10, Hani dapat satu rack yang sesuai dengan saiz botol rempah Hani itu. Hani ada kongsi tutorial kalau siapa yang nak buat juga dirumah.

Barang Yang Diperlukan Untuk DIY :

 

  • Cooling rack
  • Plier
  • Cable tie
  • Spray Paint ( Optional )

Cara DIY Rak Rempah

1. Gunakan plier ratakan tiga segi itu (macam dalam gambar)

2. Lepas itu ukur dan tanda dekat mana kita nak lipat dia.

3. Lipatlah guna plier. Mungkin memerlukan kekuatan suami sebab tak larat hani nak lipat sorang-sorang. Keras juga benda ini.

4. Lipat lagi satu untuk jadikan dia bentuk U.

DIY rak rempah5. Ikat dengan cable tie dekat hujung untuk elakkan botol itu jatuh dari sisi rak.

DIY rak rempah6. Dah siap!

DIY rak rempah

DIY rak rempahMacam mana dengan hasil daripada Hani Mynis ini? Menarik bukan? Baru tersusun barang-barang kecil didapur anda. Dapur pun nampak cantik dan tersusun dengan rapi. Semoga ini bermanfaat untuk anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down