DIY Rak Sinki & Table Top Kayu Bajet Kepada Isteri Tersayang

36,662 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap suami isteri pasti akan menyambut hari anniversary mereka setiap tahun kan? Kadang-kadang ia bergantung kepada bagaimana si suami tersebut ingin menyambutnya. Yang paling sweet mesti si suami bagi hadiah kan kepada para isterikan?

Jadi, untuk hadiah sempena hari anniversary ini, lelaki ini membuat DIY rak sinki & table top kayu bajet kepada isterinya. Wanita yang dikenali sebagai Hidayati Bohkhari ini telah berkongsikan hasil DIY rak sinki ini yang dilakukan oleh suaminya di dalam laman sosial Facebook.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda hasil DIY rak sinki & table top kayu bajet ini. Bahan-bahan dan juga proses dalam membuat rak sinki ini akan dipaparkan. Jom kita tengok perkongsian tersebut.

Suami Ini DIY Rak Sinki & Table Top Kayu Bajet Kepada Isteri Sempena Hari Anniversary

Alhamdulillah berjaya jugak en suami merealisasikan impian bini dia. Nak table top dan rak sinki idaman hati. Kire nie advanced hadiah anniversary ke 8 lar kot yer cyg @ziezan09

Disebabkan dapur rumah nie tak berapa nak besar dan ruang pun sangat terhad..maka tercipta lar idea nak buat rak bajet nie.. Setelah lebih kurang 3 tahun kiterang buat survey (nampak tak berapa lama punya pikir) tambah tolak kos ape semua maka en suami memilih utk diy sendiri rak bajet. Lebih sentimental value katanya

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

1. Para² RM50 (ada 2 unit) – beli 3

2. Tiang kayu RM20 (ada 2 unit) – beli 2

3. Penutup / kaki kayu RM5 (ada 2 unit) – beli 4

4. Sinki 2 mangkuk RM100 (cari kat mudah)

HASIL DIY RAK SINKI & TABLE TOP BAJET

Before. 3 tahun kot setia dengan sinki pemaju.

Before. Just pakai meja banquet untuk letak bibik korea & king top

After. Lepas pasang rak dan sinki.

diy rak sinki

After 70% hampir siap.

diy rak sinki

Menarikkan hasil DIY si suami ini? Dahlah kreatif, rajin pula tu. Untungnya kalau isteri dapat suami yang rajin dan kreatif macam ni. Ituah yang amat diinginkan oleh para isteri lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja.

Sumber : Hidayati Bohkhari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down