DIY Renovate Dapur Bajet Kabinet Bermodalkan RM1700 | Giler Deco

DIY Renovate Dapur Bajet Kabinet Bermodalkan RM1700

DIY Renovate Dapur Bajet

Apabila diceritakan mengenai ruangan dapur ataupun tempat memasak yang diidamkan, pasti ramai memilih untuk diy renovate dapur bajet. Ia adalah kerana ia memerlukan kos yang sangat rendah dan jimat berbanding mengupah orang dengan harga yang mahal.

Menurut perkongsian dari Ajmaloon TV ini di laman Facebook telah berkongsikan satu posting mengenai diy renovate dapur bajet bermodalkan RM1700. Barang yang diperlukan hanyalah menggunakan kabinet IKEA Knoxhult sahaja.

Menurutnya lagi untuk membuat projek ini, sudah beberapa kali tukar design untuk mendapat dapur bajet yang diilhamkan. Jom kita tengok perkongsian daripada Ajmaloon TV ini mengenai DIY renovate dapur bajet ini.

DIY Renovate Dapur Bajet Yang Simple Dan Cantik

Masa mula-mula survey harga kabinet dapur paling busuk 3k++…Fikir punya fikir…last-last best option guna IKEA knoxhult.
Nak sampai ke stage dapat total kos macam ni pun dah berapa round tukar design. Inilah hasilnya dapur budget DIY.
Ruang Dapur Sebelum Projek DIY dilakukan
DIY Renovate Dapur Bajet
Barangan Yang Digunakan :
  • Dua Knoxhult base unit RM 1170.00
  • Satu Knoxhult wall uni RM 315.00
  • Tiga set handle RM 8.70
  • 3 Backsplash RM 117.00
  • Extension RM 16
  • Sinki RM 84

Jumlah keseluruhan ialah RM 1657.70

Proses Membuat DIY Dapur Bajet

Pemasangan Rak Kabinet

Dinding dapur kena cat semula

Pemasangan rak kabinet ikea. Harga seunit adalah RM85.

Pemasangan backsplash besertakan frame. Guna table top tu untuk tekan bagi lekat betul2.

Lepas pasang wall uni, baru tampal backsplash. Biarkan semalaman nak bagi betul-betul lekat.

Proses Pemasangan Sinki

Table top ditebuk untuk diletakkan sinki pada bahagian ini.

Keadaan table selepas sinki diletakkan.

Disebabkan dinding ni senget, nampak gap besar. Kami pasang aluminium ni. Baguih gak. air pun tak lah meleleh kena kayu base unit. Bahagian bucu tajam tu, kemudiannya cover dengan silicon clear.

Hasil Akhir DIY Dapur Bajet

Berikut merupakan hasil akhir selepas melakukan diy dapur bajet ini.

DIY Renovate Dapur Bajet

DIY Renovate Dapur Bajet

DIY Renovate Dapur Bajet

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Kami berharap perkongsian daripada kami ini dapat memberikan inspirasi kepada anda yang ingin menghasilkan diy dapur bajet. Semoga berjaya semua.

Sumber : Ajmaloon TV & Afiqah Hatta

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami

Produk-produk di dalam artikel ini

DIY Renovate Dapur Bajet Kabinet Bermodalkan RM1700
IKEA KNOXHULT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram