DIY Rod Eyelet Langsir Menggunakan Paip PVC Sahaja | Giler Deco

DIY Rod Eyelet Langsir Menggunakan Paip PVC Sahaja

diy rod eyelet

Seperti yang diketahui ramai, penggunaan langsir amatlah penting sebagai penapis pandangan dari luar dan juga mampu menyerikan lagi kediaman anda dengan adanya langsir. Untuk jadikan langsir tersebut terurus dan terjaga dengan rapi, eyelet langsir sangatlah memainkan peranan yang penting untuk memastikan garis langsir tersebut dalam keadaan selari.

Buat pengetahuan anda, eyelet ataupun turut dikenali sebagai lelubang adalah gaya langsir moden yang dikatakan menjadi pilihan masa kini. Rumah-rumah yang dipasang eyelet langsir ini akan kelihatan lebih mewah dan elegen.

Menurut perkongsian daripada Cik Amy WD ini, beliau ada berkongsikan cara-cara untuk DIY rod eyelet langsir dengan cara mudah dan kos yang digunakan hanya sekitar RM50.00 sahaja. Murah sangat kan nak buat DIY ni. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada Cik Amy WD ini.

DIY Rod Eyelet Langsir Daripada Paip PVC

PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat. Hasil kerja suami sendirian.
Bahan-bahan : 
  • L bracket
  • U clip
  • Bolt & Nut
  • PVC End Cap

diy rod eyelet

PVC pipe ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi anda mesti ukur dulu lebar tingkap dan pintu. Sekaki RM1.00 . Dapatlah 28 kaki untuk semua tingkap dan pintu bilik.

diy rod eyelet

Try dulu kat kedai. Haa dah cun camni baru proceed beli.

Anda dikehendaki untuk membeli cable tie sekali. Untuk lock atas skru tu nanti.

Pastikan drill lubang L bracket tu kemas-kemas sekiranya taknak rod tersebut tercabut. Untuk proses drill ni, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami kerana sekiranya anda tersalah tebuk lubang, ianya kelihatan tidak kemas.

diy rod eyeletAkhirnya sudah siap. Gambar di bawah merupakan ruang langsir di ruang tamu depan. Langsir tersebut anda boleh membelinya dekat shopee. Selamat mencuba

diy rod eyelet

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.

Kredit : Cik Amy WD

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram