DIY Rod Langsir Jenis Eyelet Yang Mudah Bermodalkan RM50 Sahaja!! | Giler Deco

DIY Rod Langsir Jenis Eyelet Yang Mudah Bermodalkan RM50 Sahaja!!

diy rod langsir

Setiap perumahan di Malaysia ini memang tidak sah kan kalau tiada langsir. Langsir merupakan salah satu elemen yang penting dalam mendekorasi sesuatu rumah. Langsir yang sesuai boleh menjadikan persekitaran ruang tamu dirumah anda nampak cantik, luas dan elegan.

Menurut daripada pengguna facebook yang bernama Cik Amy WD, beliau telah berkongsikan cara untuk DIY rod langsir eyelet. Bahan-bahan juga beliau telah senaraikan untuk membuat DIY ini dan juga hasil akhir DIY rod tersebut. Jom kita tengok perkongsian beliau.

DIY Rod Langsir Jenis Eyelet Yang Mudah Bermodalkan RM50 Sahaja!!

PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat.

JENIS-JENIS CORAK LANGSIR

diy rod langsir

Berikut merupakan jenis-jenis corak langsir selain daripada eyelet. Kalau langsir eyelet ini, ia mempunyai cincin yang besar diantara kain tersebut berbanding corak box pleat dimana cincin tersebut berada diluar.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

diy rod langsir

PVC pipe ni suami suruh kedai potong siap2. So korang mesti ukur la dulu ye lebar tingkap dan pintu korang. Sekaki RM1. Dapatlah 28kaki untuk semua tingkap dan pintu bilik.

diy rod langsir

diy cara pasang rod langsir

CARA DIY ROD LANGSIR EYELET

Pastikan korang drill lubang L bracket tu kemas2. Kalau taknak tercabut la kan.

May be an image of text that says 'HUAWEI Mate 10 Pro NEW LEICA DUAL CAMERA'

Korang beli la cable tie sekali. Untuk lock atas skru tu nanti macam gambar dibawah ini.

May be an image of text that says 'HUAWEI Mate 10 Pro NEW LEICA DUAL CAMERA'

Finally siap. Ni ruang tamu depan .

diy rod langsir

Macam mana dengan perkongsian DIY langsir pvc rod eyelet ini? Cantikkan? Ianya sangat mudah untuk dibuat dan bahan-bahan juga senang untuk didapat. Yang penting diy ini hanya makan bajet RM50 sahaja. Diharap artikel ini dapat memberikan inspirasi buat anda. Semoga bermanfaat untuk anda.

Sumber : Cik Amy WD

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- DIY Rak Almari Simpan Tudung Hanya Gunakan Paip PVC Sahaja!!!

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram