DIY Rod Penggantung Langsir Guna Paip PVC Modal Murah

20,286 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada zaman sekarang, setiap rumah pasti mempunyai hiasan langsir jenis "ring" yang menggunakan batang kayu rod. Langsir tersebut menjadi pilihan ramai kerana lebih kemas dan mudah untuk dipasang. Ditambahkan lagi ia mencantikkan suasana rumah anda.

Pernah tak anda menyimpan hasrat untuk menghiasi rumah anda dengan langsir jenis ring yang menggunakan batang kayu rod ? Tetapi perbelanjaan yang menelan kos sehingga beratus-ratus termasuk kos upah menbuatkan anda melupakan hasrat tersebut. Usah risau kerana anda boleh DIY sendiri langsir tersebut.

Menurut salah seorang melalui Facebook Syafiq Abdul Hamid, beliau berkongsi cara untuk DIY sendiri rod penggantung langsir menggunakan paip pvc yang mudah dan senang untuk dibuat untuk menjimatkan kos anda. Selamat mencuba semua.

Projek DIY Rod Penggantung Langsir Hanya Gunakan Paip PVC Sahaja Bermodalkan Harga Murah

Assalamualaikum.. kepada makcik, pakcik, abang dan kakak…

Yang mana teringin nak pakai lansir ring macam ni… tapi tak ada modal nak beli kayu tu… boleh buat guna paip, modal tak mahal sangat….

Guna paip saiz 20mm ok.. besi L tu boleh dapatkan di kedai eco, yang lain-lain tu kedai hardware langsir saya beli kat d.i.y je…

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. Paip PVC
  2. Paip PVC U Klip
  3. Kain Langsir

Cara Untuk Membuat Rod Penggantung Langsir Ini

1. Skrukan paip pvc u klip ini dengan kemas dan ketat untuk tujuan meletakkan paip pvc diatasnya.

Rod Penggantung Langsir

2. Skrukan paip pvc u klip pada tempat yang anda inginkan dan letakkan paip pvc tersebut diatasnya

Rod Penggantung Langsir

3. Apabila selesai meletakkan paip tersebut, anda boleh menghiaskan langsir anda pada paip tersebut. Hiaslah mengikut kesukaan anda.

Rod Penggantung Langsir

Tips Berguna

Untuk mengukuhkan lagi pvc u klip tersebut, pastikan anda ikat getah atau apa-apa pada pvc u klip itu. Ini bertujuan menghalang paip pvc tersebut keluar daripada lubang paip pvp u klip.

Amacam dengan perkongsian daripada saudara kita ni? Bernas dan kreatifkan. Anda juga boleh melakukan DIY ini dirumah anda untuk menghasilkan rod langsir ini. Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat semua.

Kredit : Shafiq Abdul Hamid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down