DIY Rumah Masak-Masak Yang Kukuh Bermodalkan RM300

2,636 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Budak-budak kecil zaman sekarang ini memang susah untuk bermain di taman permainan dan juga bermain diluar dari rumah. Ini kerana Malaysia sedang dilanda wabak Covid-19 varian Delta yang berbahaya dan juga masih didalam fasa PKP.

Alya Maryam sangat kesian melihat anak-anaknya terperap dirumah tanda rasa ada kebebasan dan keseronokan. Jadi, beliau mendapat idea untuk melakukan DIY rumah masak-masak untuk anak perempuan sebagai aktiviti bermain.

Melalui perkongsian daripada Alya Maryam ini, rumah memasak tersebut dilakukan menggunakan beberapa pine wood dan plywood. Perkongsian tersebut dikongsikan didalam grup facebook. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau bagaimana DIY ini dilakukan dan juga melihat hasil akhir DIY tersebut.

Disebabkan PKP Anak Tidak Dapat Keluar, Wanita Lakukan DIY Rumah Masak-Masak Yang Cantik

first time bertukang. Saya nak bawa anak pergi taman tak boleh sebab sekarang musim pkp dan tambahan pula nak pergi indoor playground jauh sekali. So kita cuba buat cubby playhouse dalam rumah bermodalkan rm300++

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Proses DIY Rumah Masak-Masak Ini Dilakukan

1. Proses pertama dimulakan dengan melakukan rangka rumah terlebih dahulu menggunakan beberapa pine wood macam gambar dibawah.

DIY Rumah Masak-Masak

2. Pastikan lakukan satu laluan untuk masuk dan juga tingkap untuk tujuan anak-anak melihat dari situ.

3. Keratkan plywood mengikut rangka tadi dan sapukan wood filler terlebih dahulu sebelum proses mengecat dimulakan.

4. Proses mengecat plywood dijalankan. Terpaksa jemur di beranda untuk cepatkan proses mengeringkannya.

DIY Rumah Masak-Masak

Hasil Akhir DIY Rumah Masak-Masak Untuk Anak

Tadaaaa! Inilah dia hasil diy rumah memasak untuk anak perempuan tersayang. Tak adalah bosan sangat duduk dirumah melayan gelagat anak-anak waktu pkp ini.

DIY Rumah Masak-Masak

Iyerrrr encik, nak order apa?

DIY Rumah Masak-Masak
DIY Rumah Masak-Masak

Sumber : Alya Maryam

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down