DIY Shiplap Dinding Untuk Pejabat, Memang Cantik

8,917 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Trend shiplap sememangnya semakin mendapat tempat di dalam kalangan pencinta dekorasi rumah. Bukan itu sahaja, dinding shiplap juga tidak dinafikan banyak dipasang untuk ruang pejabat.

Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Faezah Othman II yang memasang dinding shiplap di pejabat beliau. Hasilnya memang sangat cantik. Jom ikuti perkongsian projek DIY yang menarik ini.

 

Saya pernah kongsi progress pejabat saya dulu masa buat shiplap. Ramai pm nak tengok bahagian luar. Ramai juga tanya kos keselurahan shiplap untuk satu ruang bilik pejabat ni. Nak kongsi gambar bahgian luar. Ni bukan rumah. Ni pejabat untuk saya cari rezeki. Buat guna konsep bajet.

 

Barang-barang yang digunakan

 

  1. Papan mdf 234 keping = RM809.6 beli di sini
  2. Gam x bond + alat2 untuk lekatkan shiplap = RM104.91 beli di sini
  3. Skirting wainscoating x 26= RM208.4 beli di sini
  4. Cat jotun majestic warna = RM140 beli di sini
  5. Cat jotun majestic putih = RM140 beli di sini
  6. Cat putih undercoat = RM45 beli di sini
  7. Ice cream stick utk gap shiplap = RM9.70 beli di sini
  8. Gergaji =RM24.31 beli di sini
        TOTAL : +- RM1520
Untuk mozek, syiling gantung & papan playwood keliling total kos abis 3k++. Yang ni upah orang sekali barang

DIY shiplap dinding pejabat

 

Ruang dalaman sebelum proses shiplap

Ruang luaran pejabat

Proses semasa shiplap

Ruang pejabat yang telah siap didekorasi dengan shiplap wall

Ruang pejabat setelah diletakkan barang-barang, memang cantik kan.

Ruang pejabat dari sudut sisi.

Nampak kemas dan cantik je kan hasil tangan wanita ini. Apabila ruang pejabat selesa dan cantik, barulah selesa untuk bekerja. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan.

Sumber : Faezah Othman II

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down