DIY Table Top Kayu Yang Kukuh Bermodalkan RM150 Sahaja

12,652 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Table top sekarang antara ramai yang dicari apabila berpindahnya ke sesuatu rumah yang baharu. Namun, kekurangan bajet yang tidak cukup menjadi penghalang untuk membeli table top kerana ia merupakan antara barang dapur yang mahal.

Untuk mendapatkan table top kayu yang murah anda hanya perlu diy sahaja. Sangat senang dan mudah untuk dilakukan dirumah. Nak buat sorang-sorang pun boleh. Harga pun sangat bajet iaitu dibawah RM200 sahaja dah boleh buat table top kayu.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua cara dan bagaimana untuk melakukan DIY table top kayu yang dilakukan oleh Ct Nor Aticka ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

DIY Table Top Kayu Yang Kukuh Dengan Modal Dibawah RM200 Sahaja

Saya nak share hasil selepas setahun saya diy sendiri table top ni.

Table top masih kukuh. Tiada tanda tanda reput ke ape sebab mase saya up post ni dulu ade yang kate pakai playwood nanti akan kembang kene air dan reput sebagainye tapi so far alhamdulillah.

Kukuh dengan jayanye. Disebabkan projek ni dah setahun berlalu, anggaran kos saya dah lupa tapi seingat saya keseluruhan kos tak sampai pon RM150

Bahan Yang Diperlukan :- 

  • Kayu 1 Inci x 2 Inci
  • Papan Plywood
  • Skru dan besi penyambung
  • Cat Minyak

Cara Untuk Melakukan DIY Table Top Kayu

1. Rangkakan terlebih dahulu bentuk table top dan lakukan kerja-kerja mencantum besi tersebut.

2. Selepas mencantum plywood tersebut, letakkan papan plywood pada permukaan atas dan bawah.

DIY Table Top Kayu

3. Cat kan plywood tersebut. Saya cat kan dengan warna merah. Baru nampak cantik dan berseri.

DIY Table Top Kayu

Lakukan Skirting Pada Bahagian Bawah Meja

Saya tak buat pintu just buat skirting. Itu pun simple sebab saya tak suka yang beropol-ropol. Saya buat ini sebab nak jimat kos, lagi pun rumah sewa.

So yang sedang cari idea masuk rumah baru ke ape tapi takde bajet lagi nak buat table top yg mahal, boleh la buat macam ni dulu.

DIY Table Top Kayu

Sumber : Ct Nor Aticka

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down