DIY Troli Dapur Rekabentuk Ala-Ala IKEA Dengan Hanya 6 Langkah Mudah Sahaja | Giler Deco

DIY Troli Dapur Rekabentuk Ala-Ala IKEA Dengan Hanya 6 Langkah Mudah Sahaja

diy bakul

Troli beroda sememangnya boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang-barang dapur, tempat letak baju dan juga tempat untuk menyimpan buku ilmiah. Hal ini kerana troli ini memiliki roda dan senang untuk bertukar tempat. Sekiranya anda beli sendiri di gedung ikea, harganya boleh mencecah kira-kira RM150.

Menerusi perkongsian daripada Puan Maria Arianaini, beliau telah pun berkongsi cara untuk DIY sendiri troli ala-ala ikea ini dan harganya jauh lebih murah berbanding dibeli di gedung ikea sendiri. Walaupun anda fikir nak buat benda ni agak susah, namun percayalah yang nak buat ni tidak sesusah yang anda fikirkan.

Puan Maria telahpun berkongsi setiap langkah secara terperinci untuk anda DIY troli sendiri selepas ini. Perkongsian beliau telah menarik perhatian netizen di laman sosial Facebook dan telah mendapat 91 ribu kongsian serta 19 ribu yang menyukai posting beliau. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Troli Dapur Rekabentuk Ala-Ala IKEA Dengan Hanya 6 Langkah Mudah Sahaja

Assalamualaikum..hai semua.
Disebabkan ramai yg pm dan wasap tnya pasai troli ala ala ikeaaa ni,nah kat sini saya post hasil kerja suami.step by stepnya.
Dgn izin dari suami,dia sudi kongsikan sedikit ilmu yg x seberapa ni.diharap dpt mbantu korang untuk berjimat sbb dia kata “benda boleh diy,buat apa beli”
BAHA-BAHAN YANG DIPERLUKAN
  • 3 Buah bakul
  • 4 kepingan roda yang tapak berjenis 4 segi
  • Cable tie
  • 1 Batang paip pvc yang bersaiz 15mm
  • 1 tin PVC Solvent Cement
  • 16 kepingan PVC Pipe Fitting (T joint) 15 mm
  • 8 kepingan PVC Pipe Fitting (L joint) 15 mm

diy troli

diy troli

CARA UNTIK DIY TROLI DAPUR ALA-ALA IKEA

Langkah 1

Gunakan 4 pcs L joint, 4 pcs T joint, 2 pcs paip 2 cm, 2 pcs paip 36 cm, 4 pcs paip 9 cm

diy troli

Langkah 2

Bagi membuat tiang troli ini pula, anda perlukan 4 pcs paip saiz 7 cm(digunakan untuk kaki di bawah), 8 pcs paip saiz 23cm, 12 pcs T joint, 12 pcs paip saiz 2 cm (digunakan untuk menyambung bahagian T joint). Untuk lebih faham, anda boleh lihat gambar yang tertera di bawah iaitu contoh bagaimana paip itu disambungkan.

diy troli

Langkah 3

Cantumkan tapak dengan tiang tersebut menggunakan gam pvc solvent cement supaya tiang dan tapak itu tidak mudah tercabut.

Langkah 4

Bagi langkah ini, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami. Hal ini kerana anda diperlukan untuk menebuk lubang seperti gambar yang ditunjuk dibawah dengan menggunakan alatan drill. Lubang itu akan digunakan untuk mengikat roda dan ikat bakul kelak.

Langkah 5

Gunakan nut dan bolt untuk mengikat roda.

diy troli

Langkah 6

Setiap bakul dipasang dan diikat menggunakan cable tie. Selepas siap mengikat, anda boleh cat menggunakan apa-apa saja warna mengikut minat anda.

diy troli

diy troli

diy troli

Siappp!!! Ini hasil akhir troli “Ikea” ini. Sangat cantik dan mudah dibawa di mana-mana sahaja. Anda juga boleh membuatnya dirumah. Sangat senang dan mudah sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber : Maria Ariana

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- DIY Troli Serbaguna Untuk Kegunaan Ibu Di Dapur

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram