DIY Wall Shelves Daripada Kayu Pallet

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Lazim sekali kita dengar perabot-perabot yang diperbuat daripada kayu pallet. Kayu yang berasal daripada pokok pine ini cukup terkenal dengan sifatnya yang murah dan senang untuk didapati. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea kreatif seorang remaja yang diy wall shelves daripada kayu pallet sahaja.

Memang sangat mudah cara pembuatannnya. Posting asal diperoleh daripada perkongsian laman Facebook seorang pemuda bernama Lennon Haniff. Jom kita ikuti.

Wall shelves kayu pallet

 

 

Ni alkisah hujung minggu lepas.. jalan2 kat kawasan taman rumah, terjumpa plak orang buang kayu pallet.. kita pon usung bawa balik setelah mendapat keizinan.. maka bermula la projek upcycle kayu terbuang dan terhasil lah custom wall shelf untuk teratak kami.. boleh la buat naik seri sikit dinding rumah..
Steps saya kongsikan kat gambar.

Bahan-bahan yang digunakan

 

  1. Kayu pallet -Klik di sini untuk beli
  2. Kertas pasir - Klik di sini untuk beli
  3. Baby oil (untuk kilatkan kayu) -Klik di sini untuk beli
  4. Pocket hole jig -Klik di sini untuk beli

Cara-cara

 

Kayu pallet yang digunakan :

  1. Sketch dulu atas kertas dan bermula la kerja ukur mengukur.
  2. Ukuran (dari besar ke kecil) 19" , 16" , 10" , 6.5" , 5". Setiap saiz saya potong 2 keping.
  3. Cantumkan 2 kayu yg sama saiz. Saya gunakan teknik pocket-hole jig.
  4. Sesi menggosok kayu guna kertas pasir.. memula saya gunakan kertas pasir grit 80. Pastu naik plak grit 180.. pastu naik lagi guna grit 600. Pastu tak larat dah, lenguh tangan.
  5. Sambungkan semua kayu2 tadi jadikan bentuk macam dalam gambar.Nak buat bentuk lain pon boleh.. ikut citarasa masing2. Last sekali saya sapukan minyak baby oil kat permukaan kayu. Saya memang tak sapu cat, nak nampakkan gaya rustic.

Hasil

Ni kejadian nya bila dah pasang ke dinding.. Alhamdulillah elok je dia jalankan tugas.. menambahkan lagi perasaan ceria bila layan k-drama bersama isteri tersayang.

 

Memang cantik dan kemas kan hasil tangan pemuda ni. Jika anda sukakan projek diy wall shelves daripada kayu pallet ini, jangan lupa kongsikan ya. Semoga bermanfaat.

 

Sumber: LennOn Haniff

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down