DIY Wardrobe Baju "Barn Design" Untuk Dijadikan Almari Baju

3,735 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak nak kan satu wardrobe khas besar dan luas untuk letakkan baju yang banyak. Perempuan sudah semestinya menginginkan satu almari khas untuk meletakkan pelbagai pakaian mereka. Jadi, daripada beli yang mahal apa kata DIY sahaja wardrobe khas untuk letakkan pakaian.

Macam yang dilakukan oleh Izuan Bin Che Ibrahim ini, beliau melakukan diy wardrobe baju atas permintaan isteri. Yang menariknya, wardrobe tersebut dilengkapi dengan sistem rail dimana anda perlu slide sahaja untuk buka ala-ala barn door macam di negera orang putih.

Beliau telah berkongsikan cara bagaimana untuk membuat wardrobe khas ini dan juga bahan yang diperlukan untuk melakukan diy ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lelaki Melakukan DIY Wardrobe Baju Khas Dengan Sentuhan Ala-Ala "Barn Door Design"

Isteri inginkan sebuah wardrobe ataupun almari khas untuk meletakkan baju yang banyak. Kanda nak beli almari baju untuk dinda tapi tidak mampu kerana harga mahal waktu pkp begini.

Jadi, kanda mampu DIY sahaja wardrobe baju yang dinda inginkan. Semua boleh dibuatkan untuk dinda. Sekian Terima Kasih.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • Railing Sistem Display
  • Kayu Pine 1 x 2
  • Batang Untuk Rak Shelf Bracket
  • MDF Board
  • Sliding Door Rail
  • Nippon Paint Flowing Green
  • L Bracket
  • Plywood

Cara-Cara Melakukan DIY Wardrobe Baju Ala Barn Door

1. Pastikan ada bilik kosong yang besar cukup untuk letakkan baju dengan banyak.

2. Proses memasang L bracket dan juga sistem railing. Senang nak laras letakkan rod gantung.

DIY Wardrobe Baju

3. Gunakan kayu pine tersebut membuat rangka dinding.

DIY Wardrobe Baju

4. Selepas sahaja letak semua L bracket dan railing sistem, letakkan plywood untuk dijadikan sebagai tempat letak.

5. Untuk rangka kayu pine tadi, lekatkan pula dengan menggunakan mdf board. Boleh dibeli di platform Shopee.

Hasil selepas MDF dilekatkan. Nampak ala-ala shera plank.

DIY Wardrobe Baju

6. Proses mengecat dinding mdf board tersebut dengan warna flowing green. Kod cat adalah 3131p. Nippon paint timbershade.

7. Proses membuatkan dan mengecat pintu ala barn door untuk diletakkan.

DIY Wardrobe Baju
DIY Wardrobe Baju

Hasil Akhir DIY Wardrobe Khas

Inilah dia hasil akhir wardrobe yang dilakukan untuk isteri tercinta. Yang last sekali saya letakkan rail sliding door. Senang jer, kalau nak buka hanya slide ketepi sahaja. Ala-ala rumah orang inggeris gitu tema barn door.

DIY Wardrobe Baju

Rupa dalam wardrobe baju ini.

DIY Wardrobe Baju

Sumber : Izuan Bin Che Ibrahim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down