Extend Dapur Rumah Teres Setingkat Hasilkan Kediaman Minimalis | Giler Deco

Extend Dapur Rumah Teres Setingkat Hasilkan Kediaman Minimalis

deco rumah teres

Kalau bercerita tentang rumah teres satu tingkat pasti semua orang dapat membayangkan seperti masa kediaman rumah tersebut. Sudah pasti dengan bentuk yang simple dan keluasannya agak terhad bukan? Tetapi walaupun rumah teres jenis ini, ia langsung tidak menghalang hasrat wanita ini untuk ubahsuai rumah teres tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Noorasmawaty Yusoff. Perkongsiannya adalah mengenai extend dapur rumah teres setingkat hasilkan kediaman minimalis.

Menurut beliau, bajet keseluruhan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM38 ribu bagi menjayakan proses extend dan ubahsuai rumah teres satu tingkat ini. Maka terhasillah rumah kediaman yang simple dan cantik ini.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan ini.

Extend Dapur Rumah Teres Setingkat Hasilkan Kediaman Minimalis Yang Sangat Simple Tapi Cantik :

Alhamdulillah penantian setahun. Baru dapat hasilkan deco rumah seperti ini. Banyak benda saya refer dalam group deco ini dan sangat membantu. Maka terhasilkan rumah teres setingkat gaya baru seperti ini.

Terima Kasih Semua.

Ini adalah keadaan rumah sebelum diubahsuai dan extend dapur dilakukan bagi memperluaskan lagi kawasan dapur rumahnya itu.

deco rumah teresIni adalah keadaan ruang tamu selepas proses mengubahsuai rumah teres satu tingkat ini selesai dilakukan dengan jayanya.

deco rumah teresIni pula adalah keadaan ruang dapur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan.

deco rumah teresIni adalah keadaan ruang dapur setelah ubahsuai rumah selesai dilakukan dengan tema hitam dan putih. Menarik bukan konsep deco yang diterapkan? Cantik pula tu.

deco rumah teresIni adalah tangga untuk naik ke bahagian loteng rumahnya.

deco rumah teresItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco kepada anda pada perkongsian kali ini. Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda dalam cuba untuk deco rumah. Semoga bermanfaat.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram