Guna Sisa Kayu Pallet Pada Dinding Menghasilkan Kediaman Ala-Ala " English Shiplap Walls"

1,563 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Sesiapa sangka dengan menampalkan sisa kayu pallet pada dinding kosong dah mampu menghasilkan kediaman ala-ala english shiplap walls. Pasti ramai yang teringin rumah macam kat oversea ala-ala english shiplap walls yang nampak macam kepingan papan kayu daripada luar kan?

Untuk pengetahuan anda semua, sisa kayu pallet ni merupakan lebihan kayu yang tidak digunakan lagi. Apabila sesuatu potongan kayu dilakukan, pasti akan ad a lebihannya.  Sebab itu, Asri Hj S nampak sisa kayu tersebut sebagai idea yang menarik dalam menghiasi rumah beliau.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda apa itu yang dimaksudkan dengan shiplap wall dan juga bagaimana Asri Hj S ini menghasilkan kediaman ala-ala "English Shiplap Walls". Jom kita tengok.

Guna Sisa Kayu Pallet Pada Dinding Kosong Menghasilkan Kediaman Ala-Ala " English Shiplap Walls"

Shiplap Walls

SUMBER SISA KAYU PALLET

Menurut asri, dia mendapat sisa kayu tersebut dari seorang kawan yang bekerja leraikan kayu pallet. Bekalan tersebut dapat daripada US. Kawan dia memang akan simpan untuknya.

Asri akan membeli dan akan mengumpul sedikit demi sedikit dalam kuantiti yang banyak. Apabila timbunan sisa itu banyak, kayu pallet ini berjaya dijadikan shiplap untuk hiasan dinding rumah.

Lama jugaklah tersadai papan² ni tepi rumah. Selalu juga lah isteri tanya.. nak buat apa papan² tu.. dah rasa semak la tu.

Masa lama duk rumah pkp haritu, kita keluarkan papan² tu dr tempat persembunyian. Pelan² kita lekatkan kt dinding luar.. omputih cakap apa... Shiplap?

CARA MEMBUAT "ENGLISH SHIPLAP WALLS"

Langkah 1

Shiplap Walls

Kayu pallet yang import khas daripada US

Langkah 2

Kayu Pine 6" Lebar x 2" Tebal

Langkah 3

Dinding sebelum melakukan proses pemasangan sisa kayu pallet. Dinding tersebut adalah kosong.

Langkah 4

Proses pemasangan shiplap walls dilakukan.

Langkah 5

Hasil susunan kayu pallet panjang dan pendek yang telah diskru dan digamkan.

Langkah 6

Shiplap Walls

Apabila siap semua susunan kayu tersebut, pastikan kemaskan permukaan kayu tersebut dengan sapu varnish. Varnish ini mengilatkan permukaan kayu tersebut dan hasilnya kayu nampak berkilat dan cantik.

Langkah 7

Shiplap Walls

Tadaaaa!!!!! Inilah dia hasil daripada sisa-sisa kayu pallet yang digabungkan dan menghasilkan kediaman ala-ala English Shiplap Walls.

Untuk melihat hasil dan juga proses daripada awal hingga akhir, anda boleh tengok video yang telah diupload didalam Youtube. Semoga berjaya semua.

Link Youtube :- Ubah Rumah Batu Jadi Nampak Macam Rumah Kayu

Sumber : Asri Hj S

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Tampal “Shera Plank” Pada Dinding Menghasilkan Kediaman Ala-Ala English Cottage

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down