Hasil Idea Suami Isteri Melakukan Ruang Landskap Mini

278 views

Mempunyai rumah disertakan dengan keliling rumah yang cantik merupakan impian untuk rakyat Malaysia. Siapa yang suka kalau sekeliling rumahnya tersebut sangat kotor, tidak teratur dan tidak terurus?

Anda boleh hasilkan sebuah ruang landskap mini yang cantik pada bahagian rumah anda macam dilakukan oleh Ayu Ariana ini. Beliau telah kongsikan bagaimana beliau dan suaminya melakukan landskap mini yang cantik pada ruang bahagian rumah mereka. Hasilnya sangat cantik dan mampu memberikan inspirasi untuk anda semua.

Suami Isteri Ini Berkongsikan Idea Untuk Menghasilkan Sebuah Ruang Landskap Mini Yang Cantik

Sharing hasil idea kami husband & wife untuk mini landskap. Dari kosong sampai la nampak segak, semua husband saya buat sendiri.

Nursery tutup, so nanti kita g beli pokok rumput mutiara 130 keping saiz 2 x 1. Paver blocks 300 bijik

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Lakukan Ruang Landskap Mini

Proses Dalam Melakukan Landskap Mini Bahagian Tepi Rumah

Bahagian tepi rumah yang di cadangkan untuk melakukan tempat landskap mini ini. Masa ni, semua rumput telah pun dibuang. Tinggallah ada tanah sebegini.

Ruang Landskap Mini

Masa ni kami semua letakkan topsoil terlebih dahulu dan kemudiannya letakkan tanah hitam atas topsoil tersebut.

Ruang Landskap Mini

Kemudiannya, letakkan rumput mutiara yang dibeli. Sebab rumput ini ibarat rumput karpet dan ia juga senang untuk dijaga.

Selepas siap tanam rumput ni, siram sehari 3 x pagi, tengahhri & petang untuk elak rumput mati.

Ruang Landskap Mini

Baru siap tambah pokok ditepi tembok tu.

Ini pula bahagian untuk meletakkan paver block.

Siap juga letakkan paver blocks ni pada bahagian yang diinginkan.

Ruang Landskap Mini

Gazebo akan datang untuk area ni.

Ruang Landskap Mini

Ruang Landskap Mini

Area ini memang dikosongkan untuk dijadikan tempat bercucuk tanam.

Ruang Landskap Mini

Sumber : Ayu Ariana Aesha

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Januari 23, 2022
Dikemaskini pada
Mac 16, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down