Idea Deco Cara Bajet Rumah Kampung Lama Kayu | Giler Deco

Idea Deco Cara Bajet Rumah Kampung Lama Kayu

deco rumah kampung lama

Rumah kampung cukup terkenal dengan gaya rumah yang bertemakan kayu. Secara kebiasaannya, rumah kampung sering menggunakan konsep deco gaya klasik, tetapi, pemilik rumah ini menghasilkan deco yang kelihatan sangat mewah persis seperti rumah banglo. Perkongsian pada kali ini adalah dari  Siti Nabilah Jamaluddin. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea deco cara bajet rumah kampung lama kayu.

Jom ikuti perkongsian menarik ini.

Idea Deco Cara Bajet Rumah Kampung Lama

 

Assalamualaikum semua.

Ingat lagi tak sebelum ini saya pernah kongsi baru pindah masuk rumah alhamdulillah sudah masuk 4 bulan saya duduk disini. Tambah-tambah sikit deko buat keselesaan kami 3 beranak (mak, saya dan suami).

Rumah kampung sahaja deko cara bajet. Ini ruang tamu sebelah atas. Suka tengok deko-deko cantik dekat facebook.

Doakan saya dikurniakan anak lagi buat penyeri rumah sekarang tumpang kasih anak-anak kakak dan abang. 4 tahun sudah anak syurga tinggalkan saya tahun ini cukup 7 tahun sudah perkahwinan saya.

 

Pandangan dari luar, keadaan dan konsep rumah kampung kayu itu.

Idea deco cara bajet rumah kampung lama gaya ala mewah

Bahagian ruang tamu rumah setelah diubahsuai. Karpet yang digunakan adalah dibeli dari Shopee.

Idea deco cara bajet rumah kampung lama gaya ala mewah

Ruang tamu rumah dari sudut menonton tv.

Deco pada bahagian dinding dengan menggunakan wainscoting dan hiasan bunga.

Idea deco cara bajet rumah kampung lama gaya ala mewah

Keadaan ruang tamu pada waktu siang.

Idea deco cara bajet rumah kampung lama gaya ala mewah

Konsep deco simple yang dilakukan pada ruang “doorway”

Keadaan deco “doorway” pada waktu siang.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mengubahsuai rumah. Semoga bermanfaat.

 

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram