Idea Deco Rumah Flat Kos Rendah Dari Pencinta Ikan Laga

325 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Setiap pemilik rumah menginginkan dekorasi rumah mengikut citarasa yang tersendiri. Lain orang, lain cara penghasilan deco dan konsepnya. Seperti yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Azhar Nordin. Beliau kongsikan idea deco rumah flat kos rendah berkonsepkan koleksi ikan laga.

Disebabkan hobi dan minat mendalam dalam membela ikan laga, beliau mewujudkan satu tempat pada bahagian ruang tamu hanya untuk dijadikan sudut koleksi ikan peliharaan sahaja. Pasti kalau dilihat ianya seperti tempat menjual ikan laga, tetapi sebenarnya tidak. Ini adalah hanya untuk koleksi peliharaan sahaja dan untuk kepuasan diri sendiri.

Jadi jom kita ikuti perkongsian yang menarik dan dekorasi unik dihasilkan oleh pemuda ini.

Idea Deco Rumah Flat Kos Rendah

Deco rumah flat berkeluasan 689sqft low cost kawasan Bukit Indah Johor Bharu.

Dalaman pula mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Deco rumah mengikut gaya dan hobi sendiri.

Rumah flat yang didiaminya adalah jenis kos rendah yang terletak di Bukit Indah, Johor Bharu.

Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.

Pandangan dari sudut lain ruang tamu sebelum diubahsuai.

Keadaan ruang tamu setelah diubahsuai. Sangat unik, bukan? tempat duduk ruang tamu divariasikan pada bahagian bawah tempat duduk untuk meletakkan ikan laga pada ruang tersebut.

Ini pula bahagian ruang makan. Rak pada bahagian dapur juga dihias dengan ikan laga.

Pada bahagian sudut dinding ruang tamu, koleksi ikan laga disusun dengan kemas diatas rak tersebut.

Jenis ikan laga yang dibela.

Keadaan laluan ke bilik sebelum diubahsuai.

Laluan ke bilik setelah selesai diubahsuai dengan dekorasi yang simple tapi menarik.

Sangat cantik dan menarik dekorasi rumah beliau. Tak salah kan kalau kita jadikan hobi yang kita minat itu sebagai inspirasi untuk deco rumah.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan sumber inspirasi.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Januari 16, 2022
Dikemaskini pada
Jun 30, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down