Idea Dekorasi Rumah Teres Jenis Memanjang

10,500 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua pemilik rumah menginginkan untuk tinggal di dalam keadaan dan suasana rumah yang selesa dengan dekorasi mengikut citarasa sendiri. Tetapi, tidak ramai yang mempunyai bakat dan kelebihan dalam melakukan dekorasi rumah.

Sekiranya kita tidak mahir dalam melakukan dekorasi, tidak salahnya kalau mengupah seseorang yang pakar dalam hal-hal dekorasi. Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini setelah beliau meminta khidmat deco dari seorang pereka dalaman rumah yang bernama Anis Syuhada.

Beliau telah menggalas tanggungjawab tersebut dan berjaya menghasilkan dekorasi rumah teres jenis memanjang yang dipelbagaikan dan dijadikan 3 bahagian deko berbeza.

Jadi, jom sama-sama kita lihat penghasilan dekorasi yang cukup cantik dan menarik dari seorang pereka dalaman rumah ini.

Idea Dekorasi Rumah Teres Jenis Memanjang

Keadaan ruang tamu utama sebelum diubahsuai. Ruang rumah jenis memanjang memang kelihatan agak simple. Tetapi jika kena dengan cara dekonya, ia akan kelihatan sangat mewah dan menarik.

Dekorasi Rumah Teres

Bahagian ruang tamu utama selepas selesai dideko.

Dekorasi Rumah Teres

Keadaan ruang tamu tempat bersantai sebelum diubahsuai. Ketika ini perabot belum dibawa masuk.

Dekorasi Rumah Teres

Keadaan bahagian ruang tamu setelah selesai dideko dengan membawa masuk perabot dan barangan lain. Apa yang membuatkan suasana rumah ini kelihatan ceria adalah disebabkan penggunaan tona warna yang sangat sesuai dan menimbulkan satu perasaan yang sangat tenang.

Dekorasi Rumah Teres
Dekorasi Rumah Teres

Bahagian ruang makan sebelum diubahsuai.

Dekorasi Rumah Teres

Keadaan ruang makan setelah selesai dideko.

Dekorasi Rumah Teres

Gambaran ruang makan dari sudut pandangan dekat.

Dekorasi Rumah Teres

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk penghasilan deko rumah teres jenis memanjang yang cantik dan kelihatan mewah.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down