Idea Hantaran Tersembunyi Yang Simple, Cantik Dan Kemas

406 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semakin moden dunia, semakin banyak yang berubah. Daripada hal kecil sehingga ke hal besar. Macam-macam yang berubah. Begitu juga dengan hantaran pertunangan dan perkhawinan. Tidak lupa juga door gift jika mahu berkahwin.Kalau dulu hantaran disediakan di dalam kotak plastik dan dihiasi dengan reben atau bunga diluar. Perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah dari Mumy Shila Tokey Inai. Perkongsiannya adalah mengenai idea hantaran tersembunyi yang simple, cantik dan kemas.

Selepas itu berubah kepada hanya letak atas papan berkotak kecil yang dihiasi dengan rimbunan bunga.Tetapi kini lebih menarik dan tampak elegen di mana hantaran dibungkus di dalam kain dan dihiasi dengan bunga atau reben.

Jom sama-sama kita ikuti beberapa langkah dan idea bagi menghias dan mendekorasi jenis hantaran sebegini.

Idea Hantaran Tersembunyi Yang Elegan :

 

Nampak menarik kan? Tambahan pula, ia mungkin dapat menyembunyikan kecacatan yang ada. Misalnya kalau pasangan kita hanya mampu memberikan barangan yang sederhana atau murah tetapi tidak mahu sesiapa yang  memandang serong jadi secara tidak langsung cara ini mampu menghalang daripada makcik- makcik bawang bercerita perihal buruk.

Cara-Cara Membungkus Hantaran Tersembunyi :

 

  1. Hamparkan kain yang ingin digunakan. Letak kotak di tengah-tengah.
  2. Lipatkan yang kanan dan kiri seperti dalam gambar.
  3. Gulung atau lipatkan sedikit supaya mudah untuk diikat.
  4. Ikat seperti di dalam gambar.
  5. Letakkan 2-3 kuntum bunga sebagai penambah seri.

Cara Ikatan Sanggul

 

Selain itu anda juga boleh menggunakan cara ikatan sanggul. Cantik kan? Terpulang kepada anda bagaimana anda mahukan. Pilihan ditangan anda dan selamat mencuba.

Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi idea dan Inpirasi untuk anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down