Bukan semua orang mempunyai bakat dalam menghasilkan kerja-kerja pertukangan dengan cara tersendiri. Walaupun kita bukanlah seorang tukang yang bertauliah, jika ingin menghasilkan satu dekorasi perlulah dilakar terlebih dahulu bagi memudahkan kita untuk mengetahui konsep seperti apa yang dihasilkan.
Seperti yang dilakukan oleh Nur Amani Abdul Rani ini. Beliau telah menghasilkan diy accent wall gaya mewah hasil dari lakarannya sendiri.
Jadi,jom ikuti perkongsian diy yang menarik ini.
Perkongsian DIY Accent Wall
Bajet :
- Kayu 1 1/2 inci 14 batang x RM 3 (ada lebih 2 batang tak guna)
- Cat Dulux 1L 1 tin x RM 24.
- Sealant 2 x RM 5.
- Gam kayu 1 x RM 10.
- Kikir, kertas pasir dan gergaji mata halus, tuala kecil, masking tape RM 46.
- Cat putih undercoat, berus cat semua pakai yang sedia ada.
Total hangus lebih kurang RM 132.
Rumit rupanya kerja buat dia kena slow dan steady sebab tak ada kemahiran bertukang.
En. Suami ambil masa 4 hari juga nak siapkan sebab ada masa petang dan malam sahaja untuk buat.
Plan asal, yang lukis itu beliau sendiri, walaupun pernah ambil autocad, latihan kejuruteraan, tapi, memang agak kurang sedikit bab lukis-lukis ini.
Keadaan dinding sebelum diubahsuai.
Proses mengukur dan kemudian lukis terus dekat dinding itu.
Proses gam kayu dengan menggunakan gam Xbond.
Kemudian lekatkan pada dinding tersebut.
Bahagian lubang-lubang tersebut perlu ditutup dengan sealant, sealant ini beli yang biasa, bukan waterproof, nanti senang nak cat semula.
Satu lagi, ratakan guna jari sahaja dan pastikan jari basah serta lembap. Jadi, senang nak ratakan seal itu.
Proses seal lubang-lubang selesai, Suaminya berkata, sakit jugak jari lepas buat proses ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.