Lakar Sendiri Hasilkan DIY Accent Wall Gaya Mewah Simple

445 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak semua orang mempunyai bakat dalam menghasilkan kerja-kerja pertukangan dengan cara tersendiri.

Walaupun kita bukanlah seorang tukang yang bertauliah, jika ingin menghasilkan satu dekorasi rumah, ia perlulah dilakar terlebih dahulu bagi memudahkan kita untuk mengetahui konsep apa yang ingin dihasilkan.

Seperti yang dilakukan oleh Nur Amani Abdul Rani ini. Beliau telah menghasilkan DIY accent wall gaya mewah hasil dari lakarannya sendiri.

Jadi,jom ikuti perkongsian diy yang menarik ini.

Lakar Sendiri Hasilkan DIY Accent Wall Gaya Mewah Simple

Rumit rupanya kerja buat dia kena slow dan steady sebab tak ada kemahiran bertukang.

En. Suami ambil masa 4 hari juga nak siapkan sebab ada masa petang dan malam sahaja untuk buat.

Bajet:

  • Kayu 1 1/2 inci 14 batang x RM 3 (ada lebih 2 batang tak guna).
  • Cat Dulux 1L 1 tin x RM 24.
  • Sealant 2 x RM 5.
  • Gam kayu 1 x RM 10.
  • Kikir, kertas pasir dan gergaji mata halus, tuala kecil, masking tape RM 46.
  • Cat putih undercoat, berus cat semua pakai yang sedia ada.

Total hangus lebih kurang RM 132.

Mengikut plan asal, lakaran di bawah ini dari isterinya.

DIY Accent Wall

Bahagian dinding sebelum diubahsuai.

diy accent wall

Proses mengukur dilakukan. Kemudian, lukis terus dekat dinding itu.

diy accent wall

Proses licinkan kayu.

diy accent wall

Proses undercoat.

diy accent wall

Potong kayu dengan sudut 45 darjah.

diy accent wall

Proses gam kayu dengan menggunakan gam Xbond dilakukan.

diy accent wall

Kemudian lekatkan pada dinding tersebut.

diy accent wall

Rangka siap dipasang.

diy accent wall

Bahagian berlubang tersebut perlu ditutup dengan sealant. Sealant ini boleh beli yang biasa, bukan waterproof, nanti senang nak cat semula.

Satu lagi, ratakan guna jari sahaja dan pastikan jari basah serta lembap. Jadi, senang nak ratakan seal itu.

diy accent wall

Proses seal lubang-lubang selesai. Suaminya berkata, sakit jugak jari selepas buat proses ini.

diy accent wall

Layer pertama dicat.

diy accent wall

Sentuhan akhir.

diy accent wall

Hasil akhir.

diy accent wall

Projek selepas diubahsuai.

diy accent wall
diy accent wall
diy accent wall

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down