Lelaki Ajar Cara Untuk Membuat Pintu Pagar "Privacy"

5,922 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Zaman sekarang ini ramai rakyat Malaysia apabila hendak membuat sesuatu rumah, pagar yang akan dipilih adalah pagar yang jenis tertutup. Pintu pagar jenis "privacy" ini dapat melindungi aurat dan juga diri kita sendiri daripada terdedah kepada pandangan orang luar.

Namun, untuk membuat pagar jenis privacy ini bukannya murah. Kalau hendak tukar pun, kos sahaja sudah mencecah hampir RM3000-4000. Tidak semua yang berkemampuan untuk membayarnya. Melainkan anda DIY sahaja seperti yang dilakukan oleh Muhammad Faizal ini.

Beliau telah melakukan DIY pintu pagar privacy yang cantik dan luar biasa. Modal yang perlu dikeluarkan hanyalah dibawah RM350 sahaja. Bagi beliau, itu merupakan pilihan yang ada untuk berjimat membuat pintu pagar daripada upah orang lakukannya. Jom kita tengok hasil perkongsian beliau.

Cara Membuat Pintu Pagar Privacy Yang Mudah & Senang.

Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY.Asalnya nk tukar tapi bila pikir balik cost dlm 3-4k jugak.

Dgn bantuan skill tukang mase belajar kemahiran hidup di sekolah maka terhasil la nya.

Cost rm350 ada balance. Misi utama utk tertutup supaya lebih privacy.Terus nampak pagar berharga rm 3k

Gambar Sebelum DIY 

pintu pagar privacy

Bahan-Bahan Untuk Membuat DIY Pintu Pagar "Privacy"

  • Shera plank(cement board)-15 keping rm16/pcs(size 15cmx3m)
  • Sealer (undercoat)
  • Jotun pain water base kilat
  • Jotun cat minyak utk besi
  • Grinder
  • Apit G
  • Screw besi
  • Cordless Battery Drill
  • Sesiku L

Shera plank memang tahan hujan panas sebab jenis cement board. Bukan besi or kayu.

Hasilnya!!

pintu pagar privacy

pintu pagar privacy

pintu pagar privacy

Macam mana dengan hasil DIY ini? Bagi anda yang ingin membuat sendiri transformasi pintu pagar ini, boleh dijadikan perkongsian beliau ini sebagai panduan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan juga selamat mencuba semua.

Sumber : Muhammad Faizal

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down