Makeover Bahagian Ruang Makan & Tamu Yang Cantik

11,950 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang tamu dan juga ruang makan merupakan antara 2 bahagian dalaman rumah yang perlu anda pastikan ianya nampak cantik dan bergaya. Sebab itu dekorasi bahagian ruang tamu dan juga ruang makan perlu dilakukan makeover untuk ia kelihatan nampak menyerlah.

Melihat kepada makeover yang dikongsikan oleh Hwani Jamari ini. Beliau berkongsikan hasil makeover pada kedua-dua bahagian tersebut pada rumah beliau. Hasil makeover tersebut telah dilakukan oleh si suami dan juga beliau sendiri.

Makeover yang dikongsikan oleh Hwani Jamari ini dikongsikan didalam grup facebook Kelab Deco Rumah dan hasil makeover tersebut mendapat pujian daripada ahli grup tersebut. Jadi, ingin melihat hasil akhir makeover tersebut? Jom kita tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Hwani Jamari ini.

Makeover Bahagian Ruang Tamu & Makan Yang Bertemakan Warna Biru Putih

Makeover Uma Comel. Saya kongsikan gambar yang sebelum iaitu May 2021 & juga hasil selepas iaitu Oct 2021.

Hasil kerja keras suami layan buat wainscoting 1rumah + ngecat + buat grand mirror kt area ruang makan.

Pandangan Pada Bahagian Tamu & Makan Sebelum Makeover Dilakukan

Sebelum makeover ini dilakukan. Saya nak kongsikan sedikit pandangan ruang tamu dan ruang makan yang asal ini. Gambar yang diambil pada dua-dua ruangan ini adalah pada May 2021. Selepas tu, makeover pada dua bahagian ini dilakukan.

Makeover bahagian ruang

Bahagian ruang makan kami yang dahulu. Biasa-biasa jer.

Makeover bahagian ruang

Hasil Selepas Makeover Pada Ruang Makan & Ruang Tamu

Alhamdulillah. Setelah hampir penat lelah dan bertungkus-lumus dalam melakukan makeover ini. Akhirnya siap juga. Bahagian ruang makan dan ruang tamu ini saya memilih tema berwarna biru dan putih kerana warna ni sangat sesuai dan padan untuk bahagian ini.

Makeover bahagian ruang

Untuk wainscoting dan juga grand mirror pada bahagian ruang tamu ini dilakukan oleh si suami. Inilah antara hasil kerja keras si suami dalam melakukan makeover ini.

Makeover bahagian ruang
Makeover bahagian ruang
Makeover bahagian ruang

Sumber : Hwani Jamari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down