Makeover Bajet Untuk Jiran Tetangga Belakang Rumah

28,406 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak kenal Nani's Makeover kan? Seorang yang pakar dalam melakukan apa jua makeover yang elegan, mewah mahupun yang bajet. Sudah banyak projek makeover yang beliau lakukan dan sekarang dalam buruan mencari projek makeover yang terbaharu.

Projek yang terbaharu beliau lakukan ialah makeover bajet terhadap rumah dibelakang rumah jiran beliau. Meraka merupakan orang yang susah dan duduk dirumah yang diwakafkan. Jadi, beliau membantu hias rumah dengan segala barang yang ada.

Hasil makeover terhadap rumah jiran itu telah dikongsikan didalam grup Facebook yang bernama Kelab Deco Rumah. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif diatas bantuan yang dihulurkan oleh Nani's Makeover tersebut.

Makeover Bajet Terhadap Jiran Tetangga Belakang Rumah Dengan Modal Bajet

Assalamualaikum.

Saya nak kongsikan sedikit projek cipta bahagia saya dan adik Norpadilah Binti Afandi untuk sahabat baik kami yang kebetulan jiran belakang rumah.

Kami buat tahun lepas. Kawan kami ni agak susah. Duduk dirumah yang diwakafkan oleh sahabat kami juga yang meninggal beberapa tahun lepas.

Kami Tak mampu nak Bantu yang terlalu gah.Kami bantu hias rumah ni dengan segala barang yang Ada dikeliling rumah untuk dijadikan hiasan. Saya sekadar belikan sedikit cat Dan karpet.Cat untuk meja, perabot Dan sedikit utk wall kedapur kami guna je dari stok cat yang kami ada.Untuk langsir saya guna Kain punji je rm2.50 semester. Jahit sendiri dapat jimat sikit. Buat sementara kami guna batang mop je utk gantung langsir.

Semua hiasan rumah kami diy guna barang2 terpakai. Kutip2 kayu tepi rumah. Lampu gantung pun buat sendiri.

Kiranya sehabis jimat. Tikar getah tuan rumah beli.

Tolong Jiran Tetangga Melakukan Makeover Bajet Agar Kelihatan Cantik

Beginilah keadaan rumah jiran sebelum makeover ini dilakukan. Sebagai jiran apa salahnya menolong jiran tetangga cantikkan rumah agar mereka juga mampu merasakan deko rumah yang cantik dan menarik.

Makeover Bajet

Inilah dia hasil makeover kecil yang dilakukan oleh kami ini. Bajet jer namun besar maknanya untuk jiran tetangga ini.

Makeover Bajet
Makeover Bajet

Pintu tu tuan rumah decide tak guna lagi. Dia guna pintu yang lain. Sementara gantikan pintu tu dengan dinding batu, kami guna ruang yang ada sehabis baik.

Setakat tu je yang kami mampu buat dlm tempoh 2 hari sesambil buat kerja hakiki kami. InsyaAllah Kita boleh bagi bahagia dengan kudrat yang ada walaupun kami tak kaya.

Sumber : Nani's Makeover

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down