Makeover Bilik Air Nampak Baru Bermodalkan RM400 Sahaja

38,287 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sekarang musim pkp sudah pun kembali di kawasan Selangor, KL, Johor dan beberapa negeri yang lain. Mesti ramai antara anda semua bosan duduk dirumah kan. Nak membuat makeover sesuatu dirumah tapi tidak tahu apa yang hendak di makeover. Apa kata makeover bilik air?

Bagi perkongsian kali ini, Giler Deco ingin berkongsikan hasil makeover bilik air daripada Puan Anis Zaid ini. Apa yang menjadi perhatian di sini adalah kos yang digunakan untuk keseluruhan makeover bilik air ini hanyalah sekitar RM400 sahaja.

Jom kita sama-sama ikut perkongsian darinya.

Makeover Bilik Air Seakan Baru. Hanya RM400 Sahaja

Musim PKP kitorang ade projek. Mencantikkan rumah dengan bajet yang berpatutan. So 1st projek ktorg ialah makeover washroom. Kitorang buat based on recommend org Nippon tau and based on orang2 yang pernah buat jugak. 

So mmg boleh buat la kiranya. Bukan buat ikut suka je. Haha. Projek dia ambil masa berhari-hari jugak sebab nak tunggu kering cat. Barang-barang boleh cari dekat kedai jual cat.

Barang-Barang Yang Diperlukan :

  1. Cat Nippon Tile Primer 3L (dia akan sekali dgn hardener) RM165.
  2. Cat Nippon EA4 White 5L (sekali dengan hardener jugak) RM175.
  3. Cat Nippon EA4 Grey 1L (plus hardener) RM47.
  4. Filler.
  5. Berus cat masking tape biru dan lain lain (bgtau org kedai nk berus dan roller utk epoxy paint).
makeover bilik air

Langkah-Langkah Untuk Makeover Bilik Air :

Hari 1

Basuh dan sental toilet guna clorox. Biar tandas betul-betul kering. dah kering barulah letak filler dekat lubang-lubang yang ada dekat tiles. tunggu filler tu kering.

makeover bilik air

Basuh dan sental toilet guna clorox. Biar tandas betul-betul kering. dah kering barulah letak filler dekat lubang-lubang yang ada dekat tiles. tunggu filler tu kering.
Hari 2

makeover bilik air

Sapu habuk or debu sebelum cat. Cat Tile Primer utk lapisan pertama. 3L tu actually boleh guna untuk 2 tandas sebab yang ni buat selapis je. Memandangkan ktorg mmg nk cat dua2 tandas, so ngam-ngam la ni. Biarkan cat kering sehari.

Hari 3

Tunggu cat Primer kering.

Hari 4

Cat EA4 White 1st layer. Cat ni kena buat 2 lapis. So kalau nk buat putih, buat 2 lapis putih. Kalau macam kitorg, dinding putih, lantai kelabu. So dinding ktorg cat 2 lapis putih. Lantai selapis putih. Nak buat corak-corak pun boleh. Anda boleh mencari idea dekat pinterest. Biar cat kering.

Hari 5

tunggu 1st layer EA4 kering.

Hari 6

cat lapisan kedua EA4 Putih lagi sekali bagi dia betul-betul putih dan tak nampak corak atau warna tile lama. Tunggu sampai kering.

Hari 7

Tunggu lapisan kedua cat betul-betul kering. (the best 1 hari) tapi sebab semalam kami start cat pagi so kami terus cat EA4 kelabu. (padahal excited sangat and tak sabar..haha) dah rasa kering terus cat EA4 kelabu selapis. lepas tu tunggu kering lagi (kena banyak bersabar menunggu).

Hari 8

makeover bilik air

SIAP juga akhirnya hasil makover ini.

Cuba anda perhatikan gambar sebelum dan selepas makeover dilakukan. Ternyata banyak perubahan yang dilakukan oleh Puan Anis ini. Paling penting bilik air kembali lebih ceria.

makeover bilik air

Info Tambahan : tile primer dan EA4 white ni boleh guna untuk 2 toilet. satu toilet ni kami guna separuh je.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.

Kredit : Anis Zaid 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down