Makeover Bilik Kecil Yang Sempit Menjadi Bilik "Mini Office" | Giler Deco

Makeover Bilik Kecil Yang Sempit Menjadi Bilik “Mini Office”

Makevover Bilik Kecil

Mempunyai bilik yang sempit dan kecil juga kadang-kadang akan rasa buat kita rasa rimas. Apabila ada bilik sebegitu, elok kita buat sesuatu agar bilik yang sempit dan kecil itu akan nampak berubah. Macam yang dilakukan oleh Encik Arif Osman ini.

Beliau telah berkongsikan hasil kerja beliau yang mantap dan bernas didalam grup facebook. Hasil kerja apa yang dikongsikan itu? Ia merupakan makeover bilik kecil yang sempit dirumah beliau diubah menjadi bilik “mini office”.

Beliau melakukan makeover tersebut dengan isterinya, Puan Azlinda Abdul Rahim sewaktu PKP. Mereka menggunakan masa tersebut untuk membuat makover bilik kecil menjadi bilik “mini office”. Jom kita tengok perkongsian tersebut.

Makeover Bilik Kecil Kepada Bilik ” Mini Office”

Alhamdulillah siap dah makeover bilik ke 3 jadi bilik study+mini office+bilik santai keluarga…asalnya tak plan pun nak buat makeover ni..tapi nak try acah² jadi interior designer..kihkihkih

dgn kos keseluruhan bawah RM250 maka terhasil la karya terbaru kami

RUPA BILIK SEBELUM MAKEOVER

Berikut merupakan gambar asal bilik tersebut sebelum berlakunya apa-apa makeover yang dilakukan.

makeover bilik kecil

Bilik asal dahulu yang dipenuhi dengan stiker dan juga warna cat didalam bilik ini juga sudah pudar dan lusuh.

RUPA BILIK SEBELUM MAKEOVER

Berikut merupakan gambar bilik tersebut selepas berlakunya segala makeover dan juga proses ubahsuai bilik tersebut. Lantai ditukarkan kepada vinyl floor dan juga proses mengecar menukarkan warna bili tersebut turut dilakukan.

Cahaya dan juga kedudukan lampu tersebut sangat cantik dan menarik perhatian min untuk melakukan satu dirumah.

makeover bilik kecil

makeover bilik kecil

Tempat penyimpanan daripada IKEA Detolf merupakan perkara yang wajib ada oleh seluruh para makeover bilik.

makeover bilik kecil

makeover bilik kecil

Sumber : Arif Osman

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram