Makeover Bilik Tidur Mewah Low Bajet Yang Mempersonakan

8,679 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik tidur mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan seseorang. Ia boleh menjadi tempat tidur, belajar, berehat dan lain-lain. Bagi sesorang yang workaholic, ia boleh jadi syurga ketenangan mahupun tempat untuk mereka melakukan kerja yang mereka ingini tanpa ganguan sesiapa.

Oleh itu, dekorasi bilik tidur penting untuk wujudkan suasana yang ceria dan menarik. Keadaan bilik yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur sesorang. Tidur yang berkualiti dapat meningkatkan kesihatan otak dan menguatkan sistem imiun dalam badan.

Bila bercakap mengenai dekorasi bilik tidur, mesti korang pandang enteng je kan. Kerana bagi korang dekorasi ruang tamu lebih penting. Mana ada orang nak tengok keadaan bilik tidur macam mana. Ya, memang betul orang tak tengok, tapi dekorasi bilik tidur penting untuk kesihatan diri sendiri.

Jom sama-sama deko bilik tidur yang lebih ceria dan menarik sekarang! Korang boleh jadikan perkongsian dari Desy Lasterina sebagai inspirasi untuk hasilkan bilik tidur mewah dengan bajet yang rendah.

Makeover Bilik Tidur Suram Kepada Bilik Tidur Mewah Yang Mempersonakan

Keadaan Bilik Tidur Sebelum Dilakukan Makeover

Bilik tidur kelihatan suram dan membosankan. Mungkin disebabkan oleh penggunaan warna langsir serta cadar yang gelap ditambah lagi dengan pencahayaan yang tidak sesuai.

Jadi dari situ dah nampak perkara utama yang perlu diubah sebelum melakukan makeover yang lain.

bilik tidur mewah

Hasil Akhir Selepas Lakukan Makeover

Tada! Cantikkan wajah baru bilik tidur mewah ni. Suasana bilik tidur lebih ceria dan menarik berbanding sebelumnya. Kebanyakkan perabot guna yang lama sahaja. Cuma tambah beberapa aksesori sebagai penyeri bilik tidur.

bilik tidur mewah

Antaranya, tambah dekorasi hexagon pada bahagian dinding atas kepala katil.

Selain itu, frame tetap digunakan pada bahagian dinding sebagai elemen hiasan. Sesiapa sahaja tidak akan lari daripada menggunakan elemen hiasan ini.

bilik tidur mewah

Dari segi penyusunan barang yang kerap digunakan, ianya diletakkan diatas rak bagi mengelakkan meja bersepah. Rak itu juga dilekatkan dengan dinding untuk menjimatkan ruang bilik tidur.

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek makeover bilik tidur mewah dengan bajet yang rendah. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda semua untuk lakukan makeover bilik tidur anda sendiri yang lebih menenangkan dan sedap mata memandang.

Sumber : @desylasterina (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down