Makeover Dinding Rumah Kelihatan Suram Menjadi Mewah

1,216 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang mempunyai keberanian dan idea kretiviti masing-masing.  Beliau berkongsi hasil sebelum dan selepas makeover dinding rumah yang kelihatan suram kepada hiasan dinding yang berkonsepkan mewah.

Rugi jika tidak memanfaat ruang dinding yang kosong dengan hiasan yang cantik dan mewah. Satu perkongsian daripada Syahrul Azizan Ariffin yang melakukan makeover dinding rumah yang suram menjadi lebih cantik dan kelihatan mewah.

Beliau memilih untuk memasang wainscoting dan juga wall mirror, hasil gabungan ini dapat mengubah suasana ruang keluarga mereka menjadi lebih selesa dan mewah.

Makeover Dinding Rumah Yang Kelihatan Suram Kepada Hiasan Yang Lebih Mewah Dan Menarik

Saya cuba hasilkan suasana baru pada wall yang semakin suram dengan hasilkan wainscoting dan wall mirror. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak percaya apa yang kita mampu hasilkan. Yang penting berani buat. Jika tak menjadi, buat sehingga menjadi.

Ini adalah gambar suasana sebelum beliau melakukan proses makeover.

Makeover Dinding Rumah

Ini adalah gambar proses makeover dilakukan. Beliau memasang wainscoting di bahagian bawah dinding terlebih dahulu. Jenis wainscoting yang beliau gunakan adalah jenis kayu.

Makeover Dinding Rumah

Ini adalah proses memasang wall frame untuk diletakkan cermin yang berbentuk segiempat.

Ini adalah gambar selepas selesai proses makeover.

Di kiri dan kanan wall mirror tersebut, beliau meletakkan satu hiasan berbentuk seni yang sangat cantik dan kreatif!

Makeover Dinding Rumah

Hasil kemasan di bahagian bawah dinding yang sangat sempurna.

Ini adalah hasil keseluruhan yang dapat kita lihat. Para tetamu mesti akan tertarik dengan hasil makeover yang beliau lakukan ini.

Sumber cahaya yang mencukupi akan menaikkan lagi seri warna dinding hiasan ini serta posisi lampu yang dipasang adalah sangat sesuai. Kombinasi warna yang kelihatan lembut menghasilkan suasana yang baru di ruang tersebut.

Makeover Dinding Rumah

Itu sahaja perkongsian daripada kami untuk kali ini. Jangan berputus asa untuk mencuba sesuatu yang bermanfaaat!

Kredit : Syahrul Arizan Ariffin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down