Makeover Rumah Bujang Lama Menjadi Nampak Mewah

21,570 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kepada sesiapa yang masih bujang atau single ini, pastinya seronokkan apabila sudah pun mempunyai rumah sendiri. Macam -macam yang boleh dilakukan kerana kita hidup berseorangan. Dari dekorasi atau ingin makeover rumah bujang tersebut mengikut citarasa anda.

Namun, lagi elok apabila rumah tersebut dibantu oleh adik-beradik membuat makeover rumah tersebut. Macam yang dilakukan oleh adik beradik daripada Yasmine Poad ini. Kesemua adik beradik bergabung kepala membuat makeover rumah bujang angah mereka.

Kesemua adik beradik tersebut membuat brainstorm bagaimana untuk hasilkan makeover rumah bujang yang nampak mewah namun dengan bajet yang rendah. Ingin tahu bagaimana hasilnya? Jom kita tengok hasil perkongsian daripada adik beradik ini.

Adik Beradik Bergabung Idea Melakukan Makeover Rumah Bujang Lama

October tahun lepas, Danial Hisyam beli rumah sendiri! Jadi, kami adik beradik brainstorm and makeover rumah Angah! Rumah bujang, limited budget. Ini lah hasil kami adik beradik. Kita slowly tambah apa patut. So far, okay tak?

Gambar Keadaan Rumah Sewaktu Pindah

Ini merupakan gambar pada bahagian ruang tamu. View diluar adalah menghadap kepada golf course.

Makeover Rumah Bujang

Kabinet pada dapur ini telah pun disediakan apabila membeli rumah bujang ini

Sedikit view untuk bahagian ataupun ruang menuju ke bilik. Lepasni akan berubah lepas makeover. Hehe

Gambar Selepas Makeover Dilakukan

Haaa. Inilah dia hasil makeover gabungan idea daripada adik beradik ini. Cantik tak? Rumah bujang namun mengalahkan rumah yang sudah berumah tangga.

Gambar dibawah ini adalah bahagian ruang tamu yang menghadap kepada paparan padang gold melalui jendela.

Makeover Rumah Bujang

Ini adalah kabinet dapur yang telah pun diubahsuai sedikit dengan meletakkan wallpaper dan membuat polish pada permukaan tersebut.

Makeover Rumah Bujang

Ruang dining ataupun tempat makan ramai-ramai.

Haaaa, bahagian laluan bilik. Disebabkan saya suka warna hitam, saya cat pintu berwarna hitam. Nampak macam mewah sedikit.

Makeover Rumah Bujang
Makeover Rumah Bujang

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi dalam melakukan makeover kepada rumah anda melalui artikel ini. Semoga bermanfaat semua.

Sumber : Yasmine Poad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down