Makeover Rumah Sewa Bertemakan Warna Brown

4,405 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada masa sekarang, keputusan untuk membeli atau menyewa rumah merupakan salah satu keputusan penting yang dihadapi orang setiap hari. Dalam pasaran sekarang, harga sebuah rumah boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagi sesetengah orang, memang perit nak dapatkan jumlah sebesar itu. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu baru sahaja mendapat pekerjaan atau baru berkahwin.

Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk menyewa rumah. Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada mereka mampu menyediakan kos bulanan rumah sewa.

Jom ikuti perkongsian dari Rizuan Jazuli mengenai dekorasi rumah sewa yang telah dilakukan.

Sebelum Dan Selepas Makeover Rumah Sewa. Simple Tapi Tetap Cantik

@rizuanjazuli

sebelum dan selepas.. simple deco rumah sewa 🙂

♬ Lagu Tahun Baru (Cari Yang Baru) - DJ Lucu

Keadaan Rumah Sebelum Dilakukan Makeover

Ruang tamu nampak sempit tapi tak apa boleh diubah mengikut citarasa sendiri. Yang penting barang dekorasi setanding dengan bajet.

rumah sewa
rumah sewa

Hasil Akhir Setelah Selesai Makeover

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus melakukan makeover ni, akhirnya siap juga. Ini lah antara ruang yang terpenting dalam sesebuah rumah kerana ia merupakan tempat berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan serta jiran tetangga.

rumah sewa
rumah sewa

Dekorasi bilik tidur dan dapur simple je. In shaa Allah, ada rezeki lebih kita deko bagi nampak wow lagi.

rumah sewa

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai makeover rumah sewa bertemakan warna brown . Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi terbaik kepada anda semua untuk deko rumah nanti! Selamat mendeko!

Sumber : @rizuanjazuli (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down