Makeover Tandas Rumah Sub Sale 8 Tahun

13,506 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki tandas yang cantik dan kemas merupakan impian bagi setiap pemilik rumah. Tandas boleh dikatakan tempat yang wajib digunakan pada setiap hari. Jadi tidak ada masalah untuk kita ubahsuai supaya ianya lebih cantik dan menarik.

Perkara tersebut telah dilakukan seorang wanita yang bernama Faizah Samat. Sebab kenapa beliau nekad mahu mengubahsuai bilik air yang telah dihuni hampir 8 tahun itu kerana mahukan pembaharuan mengikut peredaran zaman.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti beberapa perkongsian gambar dekorasi tandas sebelum dan selepas diubahsuai dengan gaya baru.

Makeover Tandas Rumah Sub Sale Konsep Tandas Hotel Mewah

Beli rumah sub sale 8 tahun dah tapi tak buat apa-apa. Rumah saya tingkat 17.  Air slow sangat, nak buat apa pun fikir banyak kali.

Tapi kali ni saya nekad nak make over rumah dari ruang tamu sampai bilik air dan bilik anak-anak. Jadi ini lah hasilanya.

Konon bilik air ala-ala hotel gitu. Deko ruang tamu dan bilik anak bila dah siap semua saya share. Suami saya buat sendiri sahaja. Pasang tiles bilik air upah orang. Keluasan bilik air 7*7.

Keadaan bilik air sebelum diubahsuai.

Makeover Tandas

Keadaan bilik air selepas diubahsuai.

Makeover Tandas

Keadaan bilik air dengan menerapkan konsep seperti bilik air hotel mewah.

Makeover Tandas

Gambaran dari sudut lain selepas pengubahsuaian dilakukan.

Makeover Tandas

Idea dekorasi pintu tandas yang cantik dan menarik selepas diubahsuai dengan konsep dan dekorasi baru.

Makeover Tandas

Idea dekorasi tempat letak tuala mandi dan tempat membuang air besar.

Makeover Tandas

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang mahu mengubahsuai tandas kepada konsep yang diinginkan.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down