Pemuda Ini DIY Kolam Renang Hanya Dalam 2 Hari!

17,668 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Baru-baru ini seorang warganet Facebook, Tuah Kencana berkongsi projek kolam renang versi ‘kampung’  yang dibina di rumahnya.

Menariknya, tidak seperti seperti kebanyakan kolam renang lain yang dibina di rumah mewah, kolam ini hanyalah terletak di kawasan tanah kampung di sebelah rumah.

Malah proses pembinaannya juga agak unik kerana lubang kolam tersebut dikorek nbukan dengan jentera besi, sebaliknya hanya tenaga manusia sahaja.

Nak mendalami lebih lanjut? Mari kita ‘melawat’ sebentar ke kolam renang kampung ala-ala Bali melalui perkongsiannya di bawah ini.

Pemuda Ini DIY Kolam Renang Hanya Dalam 2 Hari!

kolam renang

kolam renangMembina private pool di laman kampung. Pembinaan private pool ini telah bermula sejak tamat PKP lalu iaitu pada pertengahan Jun 2020.

Pada asalnya, kawasan ini hanyalah laman kampung biasa dengan tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu. Proses pembinaannya bukan suatu perkara yang mudah kerana struktur tanah yang berair dan ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu.

Apa yang menarik, private pool dengan keluasan 15 feet x 10 feet ini digali secara manual sepenuhnya, tanpa menggunakan backhoe. Memang kuat kudrat pekerja ni kan.

Inspirasi Dari Villa Bali :

Mengambil inspirasi dari vila di sekitar Ubud, Bali, beberapa elemen Bali seperti pintu masuk, pergola dan ukiran batu di dinding digunakan.

Cabaran berikutnya adalah untuk mengekalkan tahap kebersihan, nilai Ph dan klorin kolam.

Hampir enam bulan selepas projek dimulakan, akhirnya kami mampu tersandar tenang mendengar deruan air sambil menimati suasana tenang dan nyaman di dalam kawasan private pool ini.

Gali ‘Manual’, Tak Guna Jentera :

Jelasnya, projek ini hanya menggunakan perkhidmatan kontraktor kampung sahaja dan tempoh penggaliannya mengambil masa sehingga dua hari dengan kekuatan lima pekerja.

“Tetapi dua hari hanya untuk menggalo banyak lagi benda mereka perlu lakukan untuk bina kolam itu.

“Backhoe tidak digunakan kerana kontraktor sangka mudah untuk gali secara manual, rupa-rupanya tanah berair dan seperti tanah liat,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Cabaran Menyiapkannya Kolam Renang :

Cabaran yang dihadapi adalah kekangan tempoh PKP sendiri menyebabkan kerja-kerja tertangguh berkali-kali.

Selain itu jelasnya, kawasan itu perlu ditambak tinggi beberapa kaki bagi mengelakkan banjir berlaku, memandangkan tanah di situ agak rendah.

“Cuaca yang tidak menentu menyukarkan proses menggali menyebabkan air dari tanah cepat bertakung semula walaupun selepas dipam.

“Cabaran lain adalah kontraktor kampung biasa bina kolam kampung sahaja. Oleh itu kita perlu beritahu secara jelas apa yang kita mahu dan tunjukkan contoh-contoh dalam bentuk gambar,” katanya.

Dalam masa sama, penjagaan kualiti air dan klorin juga antara cabaran besar yang dihadapinya .

“Setiap hari wajib untuk hidupkan pam untuk kitaran air. Kemudian, klorin perlu dimasukkan sekali setiap minggu.

“Seminggu sekali (juga) perlu masukkan bahan anti-alga. Semua barang ini boleh dibeli dari Shopee,” tambahnya lagi.

Kronologi Pembuatan Dari Mula Sampai Akhir :

Maka dengan itu, mari lihat kronologi pembinaannya dari mula hingga tamat projek melalui gambar-gambar ini.

1. Kawasan tapak asal kolam. Ia hanya kawasan laman kampung biasa.

kolam renang2. Dinding dinaikkan dahulu untnk memudahkan pekerja membuat aktiviti gali menggali.

kolam renang3. Inilah rupa setelah tanah digali. Kolam renang ini digali secara manual ya.

kolam renang4. Dalam masa dua hari sahaja mereka sudah siap menggali kolam renang ini. Saiz 15 x 10 dengan kedalaman empat kaki.

 

kolam renangProjek Tergendala Seketika :

5. Air hujan tak henti-henti pulak. Makin lambatlah projek ini siap.

kolam renang6. Air keruh akibat resapan daripada air tanah.

kolam renang7. Bermulalah pemasangan jubin. Pekerja bising kerana jubin kecil kecil dan lambat dipasang. PENTING, untuk kolam renang pastikan anda guna jubin kecil kerana ada fungsi untnk meningkatkan ketahanan kolam. Lagipun jubin besar akan akibatkan kolam seperti kolah masjid.kolam renang8. Kerahan tentera-tentera kecil untuk bersihkan kolam renang. Sebab semangat nak mandi, sanggup rajin bekerja.

9. Inilah pintu masuk ala-ala Bali. Jadilah bajet ‘ciput’.

kolam renang10. Platform kayu itu beli di Shopee. Hanya cantum-cantum sahaja. Satu keping dalam RM8. Keadaan sebelum letak artificial grass dan pondok wakaf.

kolam renang11. Tak lengkap rasanya tanpa ada ‘pergola’ dan ‘wakap’ (pondok wakaf).

kolam renang12. Hasilnya! Kolam renang yang sangat cantik. Alhamdulillah

kolam renangkolam renang

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down