Pengalaman Membuat Rumah Sendiri Bermodalkan RM160K

4,313 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa disini mempunyai sebuah pengalaman membuat rumah sendiri dengan hasil sendiri tanpa mengharapkan mana-mana kontraktor? Sudah pasti tidak ramai yang akan melakukannya dan jika membuat rumah sendiri ini kita boleh mengetahui ciri-ciri atau juga bentuk rumah yang kita mahukan.

Seperti yang dikongsikan oleh Muhamad Farhan ini, beliau kongsikan beberapa gambar proses membuat rumah sendiri beliau dibantu oleh beberapa orang. Keseluruhan rumah tersebut memakan modal hampir RM160K. Rumah tersebut pada asalnya snagatlah buruk dan rapuh jadi banyak kerja-kerja pembaikkan perlu dilakukan.

Antara-antara kerja pembaikan tersebut adalah menukarkan bumbung rumah asal tersebut, struktur yang retak dan sebagainya. Jom kita melihat hasil membuat rumah sendiri diambil pengalaman daripada beliau ini.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri Pada Rumah Yang Lama Bermodalkan RM160K

Salam semua. Sedikit perkongsian dari saya. Pengalaman membina rumah sendiri. Saya buat di kg area rawang, cari tukang kampung di sini bayar upah hari.

Pelan rumah minta tolong pakcik rm500. Bina baru atas faktor struktur tak meyakinkan dan banyak retak.tart buat 1julai 2020. Siap pada pertengahan disember 2020.

Urusan bahan dan barang2 saya yang uruskan semuanya. Penat selama 5 bulan kehulu kehilir. Pekerja bermula 3 org, 6 org dan akhir sekali 2 org sahaja. Kos keseluruhan lebih kurang rm160k.

Penjimatan banyak di kayu sebab guna kayu2 bumbung lama buat scaffolding. Ada apa2 soalan boleh lah tanya insya Allah saya akan kongsikan.

Proses Pembinaan Rumah Sendiri Yang Dilakukan

Inilah dia rupa rumah yang asalnya. Pada masa ini, proses membuat bumbung telah dilakukan.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Beginilah dia keadaan rumah kalau semua bumbung sudah habis dibuang untuk letakkan bumbung scaffolding.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Gambaran plan rumah tersebut.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Branstorming bagaimana untuk menjadikan rumah tersebut nampak kembali baharu. Siap ada lukisan bahagian depan dan belakang rumah lagi.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Waktu ni proses membuat bahagian porch sudah pun memasuki fasa akhir.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Hasil Akhir Rumah Sendiri Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir rumah sendiri yang dilakukan oleh Muhamad Farhan ini. Nampak sangat-sangat berbeza berbading rumah yang dahulu. Cantik dan terbaik transformasi yang dilakukan ini.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri
Pengalaman Membuat Rumah Sendiri
Pengalaman Membuat Rumah Sendiri
Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Sumber : Muhamad Farhan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down