Pengalaman Mistik Bekerja Atas Siling Rumah Orang | Giler Deco

Pengalaman Mistik Bekerja Atas Siling Rumah Orang

Menjadi seorang tukang rumah memang memerlukan kecekalan dan semangat yang kental. Hal ini kerana menjadi seorang tukang rumah banyak dugaan yang anda perlu lalui. Mesti anda ingat menjadi tukang rumah ini hanya memerlukan tenaga fizikal sahaja bukan? Anda silap, menjadi seorang tukang juga memerlukan semangat dalaman yang kuat. Jadi perkongsian pada kali ini adalah dari seorang tukang atas siling rumah yang bernama Saya Adalah Wan. Perkongsiannya adalah mengenai pengalaman mistik bekerja atas siling rumah orang.

Perkara mistik memang tidak dapat dipisahkan dengan kawasan dan tempat lama yang jarang kita duduki, gelap dan tidak diurus. Walaupun rumah itu kita duduki, tetapi kawasan siling memang pemilik rumah jarang jadikan tempat tidur dan berehat. Mesti anda berasa pelik bukan? Bayangkan, diatas siling yang gelap gelita, bagaimana terdapat bantai lama dan sebagainya diatas sana seperti pernah dihuni oleh seseorang. Memang agak seram bukan?

Jadi jom kita ikuti kisah mistik yang menarik ini.

Pengalaman Mistik Bekerja Atas Siling Rumah Orang :

Bekerja atas siling rumah orang.

Bermacam-macam saya jumpa setakat ini bantal, botol, berus gigi, mainan budak, kerusi dan lain-lain . Lepas saya jumpa benda alah begini pastinya badan saya akan lemah selemahnya selepas pulang.

Kena ambil berapa hari baru boleh recover semula. Orang lain nampak kita ceria tapi dalaman kita yang rasa.

Logik akal siapa yang nak letak bantal atas tu tak kan owner dan tak kan orang Indonesia buat rumah tu sebab apa lokasi nak ke sana bukan macam lintas parit kecil kena lalui liku liku alang kayu tu dan jauh tersasar .

Apakah ianya ada unsur mistik?
Ada yang boleh kongsikan ?

Ada sesuatu disitu, Handphone tak dapat nak capture.

rumah seramNak ke sini perlu tempuh macam macam halangan. Tak logik orang nak tido situ.

rumah seramIsi dia dalam botol ini agak menakutkan.

 

rumah seramBertemankan cahaya lampu handphone je bayangkan kalau bateri habis.

rumah seram

Paling rare saya rasa.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

rumah seramItu sahaja perkongsian pengalaman mistik untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram