Pengalaman Pertama Lakukan Mirror Wainscoting Pada Dinding | Giler Deco

Pengalaman Pertama Lakukan Mirror Wainscoting Pada Dinding

wainscoting cermin dinding

Penggunaan wainscoting pada masa kini sudah tidak asing lagi. Boleh dikatakan pemilik rumah cuba untuk melakukan sendiri tanpa perlu mengupah orang. Selain itu, pemilik rumah yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia deko juga sudah mula melakukan projek diy sebegini untuk mencantikkan kediaman mereka. Perkongsian pada kali ini adalah dari Muhamad Faris Abdullah. Perkongsiannya pula adalah mengenai pengalaman pertama lakukan mirror wainscoting pada dinding.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah cara diy yang menarik ini.

Pengalaman Pertama Lakukan Mirror Wainscoting

 

Percubaan kali pertama, alhamdulilah menjadi. Cuma nak pasang diamond mirror itu nak bagi fit elok memang agak mencabar.

 

Proses melakar konsep dan gaya wainscoting yang diinginkan hanya menggunakan microsoft word.

Bahan dan alatan yang digunakan untuk projek wainscoting ini. Gergaji kuning itu digunakan untuk membuat pemotongan serong 90 darjah. Sangat disyorkan untuk melakukan projek wainscoting.

Untuk kos semua sekali termasuk kayu wainscoting, cermin, gam tape dan gergaji rm600 sahaja.

Cermin yang digunakan telah siap dipotong segitiga.

Cermin ini dijual secara keping.

Semasa pemasangan cermin ini, tidak perlu lapik apa-apa. Boleh sahaja terus tampal ke dinding dengan menggunakan gam dan magic tape sahaja.

Cermin telah siap dicantum dan bersedia untuk dipasang pada dinding.

Cermin telah siap dipasang dan dilekatkan terlebih dahulu dengan menggunakan tape.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi dalam cuba untuk melakukan projek diy.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram