Projek Dekorasi Lobby Lif Rumah Flat

1,830 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah menjadi adat hidup berjiran apabila segala perkara yang melibatkan aktiviti kejiranan dilakukan bersama-sama. Seperti yang dilakukan oleh penduduk rumah flat ini, mereka bersama-sama telah melakukan satu dekorasi yang menarik ditempat tinggal mereka supaya ianya kelihatan cantik dan sedap mata memandang.

Perkongsian pada kali ini adalah dari salah seorang penduduk di rumah flat itu yang bernama Tajul Izzat. Beliau telah berkongsi aktiviti projek dekorasi lobby lif rumah flat yang dihuni oleh mereka.

Jadi, jom sama-sana kita ikuti beberapa gambar perkongsian dekorasi kawasan ruang lobby yang dihasilkan oleh penduduk flat ini.

Projek Dekorasi Lobby Lif Rumah Flat

Saya nak tunjuk deco rumah, rumah saya biasa-biasa sahaja. Rasa ini yang luar biasa. Deco lobby lift rumah flat 16 tingkat.

Ada ke macam kami penduduk tiap-tiap tingkat mendeco lobby lif tingkat masing-masing mengikut kreativiti seperti ini?

Alhamdulillah berkat kerjasama dan permuafakatan, inilah hasilnya.

Lokasi : Blok D, Pangsapuri Sri Nilam Bandar Baru Ampang Selangor.

Inilah hasil dekorasi di Blok kejiranan rumah flatnya, mereka sudah mula sedikit demi sedikit mendeco lobby lif tingkat masing-masing. Semuanya kelihatan cantik dan menarik mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Gambar selebihnya dekorasi ruang lobby rumah flat tersebut.

Semoga semua blok dapat mendeco lobby lif kediaman masing-masing. Diharap mampu menjadi ikutan buat semua penduduk rumah flat di suruh Malaysia untuk berubah ke arah yang baik dengan mencantikkan dan menjaga kebersihan persekitaran blok masing-masing bersama.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down