Projek DIY Kebun Mini & Deko Di Ruangan "Laundry Area" | Giler Deco

Projek DIY Kebun Mini & Deko Di Ruangan “Laundry Area”

diy deko ruangan

Mempunyai satu ruangan laundry dan juga kebun mini yang khas merupakan satu idaman kepada wanita yang minat berkebun tetapi mempunyai tempat yang terhad. Jika inginkannya, anda boleh sahaja DIY kebun mini dan deko pada ruangan tersebut.

Macam yang dilakukan oleh wanita bernama Diyana Mahmud. Beliau telah membuat diy dan deko pada ruangan laundry area beliau. Disamping itu, beliau juga mengajar cara untuk DIY membuat bekas compost bin. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Projek DIY & Deko Di Ruangan “Laundry Area”

Sharing our DIY project dan deco di laundry room, tempat menjemur baju dan juga mini kebun kami. Ruangan belakang rumah yang ada terhad. Jadi kami perlu design ruang yang praktikal dan memenuhi ciri-ciri yang kami idamkan dalam budget yang kami tetapkan.

Gambar Bahagian “Laundry Area” Yang Asal

diy deko ruangan

diy deko ruangan

 

Gambar Bahagian “Laundry Area” Selepas Di Deko
Tempat menjemur kain dan juga mini kebun kami. Pokok-pokok asas yg digunakan dalam masakan. Atap kami gunakan jenis atap polycarbonate. Kayu rangka pula kami guna kayu resak yg tahan anai-anai dan cuaca.

diy deko ruanganKabinet bawah untuk simpan barang. Dan ruangan atas saya guna untuk tempat melipat kain setelah diangkat dari jemuran.
diy deko ruangan

Tong baja kompos di kebun mini. Kami guna teknik bokashi composting, jadi tidak berbau busuk dan tiada ulat. Sisa makanan dan dapur digunakan untuk menjadi baja. Tong ini kami DIY guna tong cat dan spray warna coklat

diy deko ruangan

Kami menggunakan ampaian lipat. Jimat ruangan.

diy deko ruangan

diy deko ruangan
Ruangan yang tidak terlalu bertutup, dan masih mengekalkan privasi.
diy deko ruangan

DIY Cara Membuat Compost Bin

1. Guna 2 saiz tong cat

2. Pasang kepala paip pada tong cat yg akan diletak di bahagian bawah. Kepala paip ini untuk mengeluarkan leachet (cecair) drp sisa makanan. Leachet ini boleh juga digunakan untuk disiram pada pokok dgn mencampurkannya dengan air.

3. Tebuk lubang-lubang kecil pada bahagian tong cat yg akan diletakkan pada bahagian atas.

4. Lapik kain di atas tong yg ditebuk tadi

5. Tindakan tong begini. Tong yg bersaiz besar dan yg ditebuk lubang tadi di letakkan pada bahagian atas.

Serbuk bokashi

6. Tong bokashi setelah di spray

Sebelum letak sisa makanan taburkan serbuk bokashi di dalam tong. Setelah masukkan sisa makanan, tabur sekali lagi serbuk bokashi di atasnya.
Ulang sehingga tong penuh. Setelah tong ini penuh peramkan selama 2 minggu. Setelah 2 minggu diperam, boleh kambuskan compost ini dalam tanah. Tunggu 2 minggu sebelum guna.

Sumber : Diyana Mahmud

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram