Projek DIY Tabletop Bajet Dilengkapi Pintu Kabinet

3,896 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kita seringkali menganggap bahawa projek diy tabletop ini merupakan sebuah projek yang susah dibuat dan memerlukan modal yang tinggi. Sebenarnya, projek ini jika dilakukan seorang diri pun boleh sahaja dan kos untuk membuatnya lagi jimat jika dilakukan sendiri.

Sayuti Ariffin berkongsikan bagaimana untuk membuat sebuah projek diy tabletop seorang diri dirumahnya. Prosesnya sangatlah mudah sahaja namun disebabkan beliau sibuk bekerja jadi projek diy tersebut mengambil masa sebulan lebih.

Walaupun ia mengambil masa yang lama, yang penting hasil diy tabletop yang dikongsikan oleh beliau ini amatlah cantik dan juga hasil yang terbaik untuk seseorang yang pertama kali membuat tabletop.

Projek DIY Tabletop Bajet Yang Dilengkapi Pintu Kabinet Diperbuat Dari Block Board

Ini projek tabletop DIY yang tak seberapa saya. Size tile yang digunakan 2x4 kaki, pintu cabinet guna block board. Disebabkan kekangan masa dengan kerja hakiki, projek ni berjalan pada hujung minggu sahaja. Sebulan setengah untuk siap. Fuhhh berpeloh nak nyiapkan. Jadilah untuk beginner macam saya.

Langkah Untuk Melakukan Projek DIY Tabletop Ini

Langkah pertama adalah dengan mengukur dahulu ketinggian yang sesuai untuk tablatop ini.

Projek DIY Tabletop

Setelah dah selesai, bolehlah proceed membuat tabletop ini. Untuk bahagian atas letakkan rod besi.

Rod besi tersebut adalah untuk rangkah pada permukaan tabletop ini.

Dah settle, letakkan simen pada permukaan tersebut.

Projek DIY Tabletop

Dah settle letak simen, ratakan permukaan tersebut.

Dah ratakan boehlah pergi ke langkah seterusnya iaitu meletakkan tiles saiz 2x4 kaki ini.

Dah letak dan tunggu sahaja simen tu mengeras agar tile melekat dengan kuat.

Projek DIY Tabletop

Bahagian bawah pula disambung dengan meletakkan simen dan juga jubin.

Beralih pula kepada proses memasang pintu kabinet pada bahagian bawah tabletop ini.

Projek DIY Tabletop

Proses ni mencabar sedikit kerana memerlukan pemasangan pintu dan juga engsel.

Alhamdulillah, siap juga akhirnya setelah hampir sebulan lebih buat projek diy tabletop ini.

Projek DIY Tabletop

Kredit : Sayuti Ariffin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down