Projek Hasilkan Bilik Playground Untuk Anak-Anak

486 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila bercakap mengenai PKP ini, sudah pastinya ramai yang akan mengingatkan tentang waktu PKP diumumkan di Malaysia buat pertama kali. Sewatu PKP ini, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan antaranya ialah membawa anak-anak keluar berjalan.

Anak-anak akan rasa terjejas kerana tidak dapat bermain diluar bersama rakannya dan terpaksa berkurung di dalam bilik atau rumah. Hal ini mungkin membuatkan mereka akan merasa bosan.

Jadi, Azizi Anuar mempunyai solusi dengan melakukan projek bilik playground untuk anak tersayang. Beliau telah kongsikan hasil bilik playground anaknya yang dilakukan olehnya. Dari bilik yang kosong terus nampak cantik.

Projek Menghasilkan Sebuah Bilik Playground Untuk Anak Tersayang Sewaktu PKP

Covid punya pasal anak2 pun tak boleh keluar bermain. Dari kena kompaun 2k lebih baik buat taman dalam bilik. Mak bapak pun boleh join. Nak join kat luar pulak rasa malu. Hehehe.

Keadaan Ruangan Bilik Anak Sebelum Projek Ini Dilakukan

Inilah dia dalaman bilik anaknya sebelum projek bilik ini dilakukan. Disebabkan negara masih lagi dalam fasa PKP, ia mendorong Azizi Anuar untuk melakukan projek bilik playground ini.

Bilik Playground

Proses ini dilakukan dengan melakukan doodle dan juga mengecat bahagian bilik anak ini.

Bilik Playground

Tempat ruangan kereta sedang dilakukan. Katanya nak ada litar macam ni. Layankan aje.

Bilik Playground

Hasil Akhir Projek Ubahsuai Bilik Playground Anak Ini

Alhamdulillah. Inilah dia hasil akhir yang dilakukan. Disertakan gambar sebelum dan selepas ubahsuai atau juga transformasi bilik yang dilakukan. Anak-anak pun suka jer tengok hasil yang dilakukan ini.

Bilik Playground
Bilik Playground

Berposing dulu di bahagian gelongsor jap. Happynya tengok muka dia tu. Jangan lupa ayah pun nak main juga nanti ni.

Kreatif betul ayahnya membuat bilik playground untuk anak-anak. Tak perlu bawa pergi main di tempat awam. Ia juga sesuai untuk ibu ayah yang sibuk bekerja dan tak sempat nak bawa anak mereka bermain.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat!

Sumber : Azizi Anuar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down